in , ,

Konsert Pertama Melly Goeslaw Di Kuala Lumpur Bertemakan Back To School

Berita baik untuk anda, Melly Goeslaw bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia, Ada Apa Dengan Melly? (AADM) pada 3 Januari 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ada Apa Dengan Melly? Tentulah yang bermain dalam fikiran peminatnya, beragam.

Sebut sahaja nama Melly Goeslaw, tentunya sangat ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu dan boleh menyanyikan lagu-lagunya. Penyanyi berbakat besar dari seberang ini bukan sahaja hebat berkarya untuk lagu yang dinyanyikan olehnya sendiri, malah turut berjaya menghasilkan pelbagai ‘masterpiece’ untuk penyanyi hebat lain.

Melly Goeslaw Bakal Tampil Dengan Konsert Pertama Di Kuala Lumpur

Bernostalgia Bersama Ada Apa Dengan Melly?

Tidak mahu peminat hanya berimaginasi tentang Melly, Iman Tang bersama Icon Entertainment dengan penuh bangga membawakan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sebagai sebuah kado (hadiah) paling ‘mewah’ dalam meraikan muzik dari Indonesia.

Berita baik untuk anda, Melly Goeslaw bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia, Ada Apa Dengan Melly? (AADM) pada 3 Februari 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Memilih tanggal 3 Februari 2023 sebagai detik pertemuan dengan pencintanya di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur juga adalah sebuah kembara seni 30 tahun yang akan divisualkan lewat konsert julung kali ini dari penghibur eksentrik bernama pentas Melly Geoslaw.

Konsert AADM pastinya akan dipenuhi dengan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan Melly yang tentu sahaja akan membuat kebanyakan penonton mengimbau kembali zaman di bangku sekolah.

SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Kesinambungan dengan itu, konsert itu akan tampil dengan konsep tersendiri di mana semua hadirin wajib memakai pakaian bertemakan sekolah sebagai kod pemakaian rasmi.

“Saya sangat gembira mahu adakan konsert ini. Semoga kehadiran saya ke Malaysia kali ini memberikan warna baru untuk industri muzik dan seni pertunjukkan di Malaysia.

“Semua tahap pencapaian saya sebagai seorang manusia, saya sudah capai. Saya sudah jadi isteri, ibu kepada anak-anak, penyanyi dan komposer.

Tapi apa yang saya mahu dan belum saya capai adalah untuk dikenang. Saya mahu perjalanan karya saya dikenang apabila saya sudah tiada nantim”

– Melly Goeslaw

Melly berkata demikian pada Sidang Media Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, petang Rabu.

Melly Goeslaw Bakal Tampil Dengan Konsert Pertama Di Kuala Lumpur

Tampil Penyanyi Dari Malaysia?

Mengulas lanjut, Melly juga mengatakan konsert tersebut mungkin akan menampilkan penyanyi dari Malaysia.

“Mungkin konsert itu akan menampilkan penyanyi Malaysia, cuma buat masa ini, pihak kami masih belum dapat mengumumkan siapa,”

– Melly Goeslaw

Konsert AADM merupakan pembuka tirai untuk persembahan Melly untuk tahun hadapan yang juga memberi tanda genap 30 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.

Ironi, memperkenalkan Melly, cukup dengan sepotong ayat ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Seluruh peminat muzik yang lekas kembali mengait memori zaman 2002.

Sebuah filem yang meledak dengan untaian hit dari tangan magis wanita bernama Melly ini membekas dengan begitu dalam di hati pencintanya.

Tentang Seseorang, Ada Apa Dengan Cinta, Ku Bahagia, Dimana Malumu dan Suara Hati Seorang Kekasih misalnya adalah untaian terbaik dari runut bunyi filem fenomena yang dihasilkan Melly.

Itu hanya sebahagian. Bagaimana pula apabila menyebut Jika, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari, ia bukanlah lagu yang asing diputarkan di radio Indonesia ataupun tempatan. Menyanyikan bait liriknya sudah seperti darah yang mengalir deras bersama tubuh.

Dan untaian lagu inilah yang sebahagiannya akan dipersembahkan dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 depan.

“Seperti yang diketahui, Melly Geoslaw adalah satu nama yang cukup ikonik dalam dunia seni Indonesia dan tempatan dari segi penghasilan lagu, penulisan lirik atau pun nyanyian.

“Sepanjang 30 tahun berkarya, Melly telah melalui pelbagai fasa dalam karier seninya dan karya yang dihasilkan untuk diri sendiri mahupun penyanyi lain, sangat jarang tidak membekas di ingatan.

“Justeru, saya dan Icon Entertainment berasa sudah cukup masa dan ‘masak’ untuk menganjurkan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari depan kerana saya percaya peminat juga sudah lama menantikan kehadirannya ke Malaysia.

“Konsert ini juga adalah sempena meraikan untaian karya yang bukan sahaja dinyanyikan Melly tetapi dihasilkan oleh beliau. Maka julung kalinya juga peminat akan menikmati lagu lagu seperti Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari yang pernah didendangkan oleh Kris Dayanti dan Rossa misalnya, dalam versi penciptanya sendiri,” ujar Iman Tang dari Icon Intertainment.

Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur kelak tidak akan hanya menyaksikan persembahan Melly, tetapi konsert ini digahkan dengan buah fikiran Pengarah Muzik, Anto Hoed yang juga merupakan suaminya.

SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Menurut Melly, beliau amat menghargai sokongan peminat di Malaysia yang menjadi salah satu satu faktor namanya harum di Nusantara.

“Jadi mengapa harus saya menolak pinangan Iman Tang. Anda semua akan menemukan jawaban dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 ini saat hadir ke konsert saya.

“Akan ada banyak nostalgia dan persembahan serta perjalanan 30 tahun berkarier yang saya tuangkan dalam konsert ini kelak. Sampai jumpa ya,” ujar Melly teruja.

Tiket tiket Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sudah boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.

SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Ia bermula dengan harga RM288 untuk kategori Apa Artinya Cinta!, RM338 (Eifel… I’m In Love), RM438 (Ketika Cinta Bertasbih) RM538  (Ada Apa Dengan Cinta), RM688 (My Heart) dan RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Melly Geoslaw atau nama sebenarnya, Meliana Cessy Goeslaw, 48, kali pertama terjun dalam belantika muzik Indonesia pada 1999.

Namanya dijulang tinggi serta menjadi komposer dan penulis lirik paling dicari sekitar awal tahun 2000 sehingga kini kerana idea dan sentuhan dalam setiap karyanya yang ringkas tetapi meninggalkan bekas.

SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Selain berkarier solo, Melly juga cukup terkenal menerusi grup yang ditubuhkan bersama suaminya, Anto Hoed, Potret. 

Malah, salah satu lagu Potret, Bagaikan Langit yang menjadi viral di Tiktok sekitar dua tahun lalu telah kembali mempopularkan Melly dalam kalangan peminat generasi masa kini.

Sama sama kita nantikan adakah Melly akan mendendangkan Bagaikan Langit yang merupakan hit dari album ketiga Potret berjudul Cafe, pada tahun 1998 pada malam epik Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur.

Melly Goeslaw Bakal Tampil Dengan Konsert Pertama Di Kuala Lumpur

ADA APA DENGAN MELLY?- THE QUEEN OF SOUNDTRACKS

Tarikh: 3 Februari 2023

Masa: 8.30 malam

Venue: Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

 Harga tiket : 

RM288 Apa Artinya Cinta!, 

RM338 (Eifel… I’m In Love)

RM438 (Ketika Cinta Bertasbih) 

RM538  (Ada Apa Dengan Cinta)

RM688 (My Heart) 

RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Tiket: www.ticket2u.com.my 

Pertanyaan tiket : 019-9919055 (whatsapp)

Hashtag: #adaapadenganMelly

Jualan tiket bermula pada harga RM288 hingga RM1,588 dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.

SIDANG MEDIA KONSERT MELLY GOESLAW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RYON LEE

Small Town Heroes Inspirasi Dari Kisah Pengarah Terbaik FFM Ke-32

Harith Iskander

Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah Raih Tujuh Trofi Termasuk Filem Terbaik