in , ,

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun

Rayakan Moment Besar, Hari Graduasi Anak-Anak Didiknya 1 Jun 2024 Melly Goeslaw Kembali Dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi)

Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul  Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023, pesohor Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia.

Kembalinya Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini kelak akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka akan mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

Dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun Ini

Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School) sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.
“Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.
“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,”

– Melly Goeslaw.
Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun Ini

Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) bertemu peminat di Malaysia.

Tempoh masa setahun yang dilihat sedikit dekat untuk sebuah konsert daripada penyanyi yang sama dibimbangi akan kurang sambutan.

Namun Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

“Untuk Ada Apa Dengan Melly (Back To School) kami membawa konsep nostalgia masa sekolah dengan kesemua peminat wajib hadir berbaju sekolah.

“Waktu itu, Melly hanya mendendangkan lagu-lagu milik dan ciptaannya yang cukup mahsyur sepanjang peminatnya bersekolah lalu membesar dewasa secara solo.

“Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.

“Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.

“Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.

“Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” ujar Iman Tang.

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun Ini

Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.

Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).

Okay semua ‘anak didik’ Melly Goeslaw siap-siap untuk hari besar, hari graduasi bersama Melly dan rakan-rakan menerusi Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) di Axiata Arena, Bukit Jalil, 1 Jun 2024 ini! Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi. 

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun Ini

Harga-harga tiket adalah seperti berikut: 

SEJARAH RM228

PENDIDIKAN JASMANI RM288

SAINS RM328

SASTERA RM428

MATEMATIK RM588

INFORMASI

ACARA: ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS? (MALAM GRADUASI)

TARIKH: 1 JUN 2024

LOKASI: AXIATA ARENA, BUKIT JALIL

PEMBAWA ACARA: AKE GROUP

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

PEMBELIAN TIKET: www.ticket2u.com.my

TALIAN HOTLINE:  012 6530 700 (WhatsApp).

Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi. 

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNGU

Intimate Concert with Ungu Live in Penang Dibawa oleh Menara Network

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan