Matthew Fox Dalam Drama LOST Season 4 di 8tv
LOST: MUSIM KE-4
Penantian akan berakhir…
Drama bersiri yang mendapat sambutan hangat – LOST kini kembali di 8TV untuk musim ke-4. Dalam musim ini, penonton-penonton akan diberi peluang untuk mengetahui kisah terkini dan bakal mengetahui lebih jelas tentang LOST. Anda dapat mencungkil rahsia misteri pulau dan penduduknya sekaligus menyaksikan banyak rahsia didedahkan. LOST akan mula ditayangkan di skrin TV anda bermula 22 Disember 2008, pukul 9.30 malam.
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata, “Musim 4 ini merangkumi semua elemen dari drama sehingga babak yang mendebarkan dan pasti menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang digemari ramai”.
Musim 4 terutamanya menumpukan kepada watak-watak baru di Island dan takdir orang-orang yang akan meninggal Island tersebut. Diantara plot-plot utama adalah tentang pekerja kapal pengangkut barang dan jika mereka datang untuk menyelamat atau membunuh orang-orang terselamat dalam Pesawat Oceanic 815. Selepas tekanan berterusan, Miles yang adalah salah seorang daripada pasukan itu mengaku sebab sebenar mereka mendarat di pulau itu adalah untuk mencari Ben.
Ada juga soal tentang siapakah diantara orang-orang terselamat akan meninggal pulau tersebut, dan bagaimana, apa akan terjadi kepada mereka setelah diselamatkan selepas Sawyer dengan keberaniannya terjun ke dalam laut kerana ingin meringankan helikopter tersebut. Selepas menyelamat enam Oceanic, dengan cepatnya mereka menjadi kenal diseluruh dunia tetapi kisah silam mereka juga kembali kepada mereka yand telah berubah semasa di Island tersebut.
Kepimpinan, pengawalan dan pergelutan kuasa terutamany diantara Jack dengan Locke, Locke dengan Ben, Ben dengan Charles Widmore, dan diantara sesetengah krew kapal pengangkut barang. Petak-petak utama termasuk misi Micheal untuk menebus dirinya ekoran pembunuhan Ana Lucia dan Libby, pengembaraan Spatiotemporal dengan pencarian dan pengaktifan DHARMA Initiative stesen 6 Ben, “Orchid,” serta hubungan misteri Christian Shepherd dengan Jacob, Island dan hubungannya dengan Claire.
Apa akan berlaku? Bagaimana kehidupan Six berterus dengan situasi yang bertambah teruk? Akankah mereka mengetahui perkara yang sedang dicarikan?
Untuk mengetahui lebih lanjut dalam musim ini, jangan lupa mengikuti musim terbaru Lost pada 22 Disember 2008 pada jam 9.30malam hanya di 8TV! 8TV juga boleh dikuti menerusi Astro saluran 708.

LOST - stars Naveen Andrews as Sayid, Henry Ian Cusick as Desmond, Emilie de Ravin as Claire, Michael Emerson as Ben, Matthew Fox as Jack, Jorge Garcia as Hurley, Josh Holloway as Sawyer, Daniel Dae Kim as Jin, Yunjin Kim as Sun, Evangeline Lilly as Kate, Elizabeth Mitchell as Juliet and Terry O’Quinn as Locke. (ABC/ART STREIBER/BOB D’AMICO)
Tags: 8TV, DramaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 11th, 2008 at 1:12 pm
huh!
dah masuk musim ke-4..
so dalam musim ke-4 ni diorang sume dah berjaya keluar dari pulau tu eh?
kene set kat kalender ni nak tengok session premier kat 8tv.
tq
December 12th, 2008 at 4:00 am
tak sabar tunggu
December 16th, 2008 at 2:47 pm
8TV byk crita best2 .. x sabar tggu Desprt Hswives, Ugly Betty, ANTM, Reaper, The Apprentice.. hmm.. apa lgi ek…