Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008



Berkonsepkan moden kontemporari, majlis resepsi perkahwinan, pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin diraikan dengan penuh kemeriahan dalam majlis yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir empat jam dimulakan dengan perarakan masuk pasangan merpati dua sejoli yang diiringi enam orang ‘flower girls’ yang menabur bunga di atas karpet merah menuju ke pelamin nan indah.

Nyata pelamin rekaan Naz The Great Ideas nyata menaikkan seri dan aura perkahwinan juara AF 3 ini, dan beliau sememangnya wajar diberi pujian. Pelamin rekaannya dihiasi hampir 90 peratus bunga ros hidup nyata memberi impak yang berjaya memukau setiap hadirin yang hadir.

Tetamu kenaamaan dan pihak media juga tidak melepaskan peluang mengabdikan kenangan bersama pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin di singgahsana mereka. Majlis resepsi yang menggabungkan konsep perkahwinan dalam taman turut diisi dengan beberapa majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan kumpulan nasyid dan tarian zapin dan diakhiri dengan upacara memotong kek.

Pasangan raja sehari, Mawi dan Ekin nyata kelihatan segak dan cantik apabila mengenakan persalinan rona krim keemasan dan hitam rekaan Putra Aziz dari butik Cosry. Pada majlis memotong kek, Mawi tampil segak dengan tuksedo berwarna putih keemasan manakala Ekin jelita dengan gaun berwarna putih persis puteri Ciderella. Majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 1300 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Antara artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut adalah Akma (AF4) dan Haziq (AF5). Pagi tadi, kedua pasagan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Sesuai dengan gelaran ‘weeding of the year’ yang dilabelkan pada perkahwinan Raja SMS ini, nyata pakaian pengatin serta makanan yang disediakan sangat memuaskan hati para hadirin.

Penyanyi popular dengan lagu Kian ini berkata beliau sangat bersyukur kerana majlis resepsi pada hari ini berjalan lancar dan beliau berharap media serta peminatnya akan terus memberi sokongan kepadanya terutamanya menjelang majlis resepsi pihaknya di Felda Taib Andak hujung minggu hadapan. Sementara itu bagi Ekin, walaupun sudah boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya majlis resepsi tersebut namun beliau pada masa yang sama meminta segala kekurangan atau kecacatan yang berlaku sepanjang majlis pernikahan sehingga majlis resepsi ini dapat dimaafkan.

“Saya mintak maaf jika ada apa-apa kecacatan atau kekurangan yang berlaku. Dalam mana-mana majlis perkahwinan tak ada yang sempurna 100 peratus. Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, jika ada kekurangan mintak maaf la. Mungkin lepas ini kami boleh perbaiki,” ujarnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Korea sebagai lokasi bulan madu mereka. – mstaronline

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Mawi dan Ikin Sah Kahwin Disember Ini
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event
  • Bekas Tunang Mawi, Ina Naim & Suhaimi Kahwin



    • ummie cute

      Mmg la hati Ekin ‘baik’..tu sebab le die sanggup jd hipokrit dgn berlakon memakai tudung..sebab takut nanti Mawi dpt kat org lain…bertuah Ekin ye..akhirnya Mawi jd gak laki die kan..?
      Semoga jodoh Mawi n Ekin kekal ke akhir hayat…dan semoga Mawi yg pndai agama ni..dpt membimbing Ekin ke jln yg d redhai ALLAH..jgn pulak bila dah jd bini..duit dah bersepah2..tudung pun dah jd cam datuk2 datin2 d Malaysia ni pulak..dan jgn pulak tergedik2 bila dah jd PA laki sendiri ye… n buat Ina dan suami…bio kite susah d dunia sb dunia ni hnya pinjaman..dan kita harus kaya d akhirat sb itulah yg d tuntut oleh agama..

    • gurlz…

      emm..takpe…kesabaran dan pengorbanan ina di balas dengan dpt suami yg soleh..ape yang ina cakap kat murai.com tu betul la..dah tak kene jemput..buat ape nak datng..lagi pun die suke tak dtg..maybe kalo die dtg..tak pasal2 kene halau mcm die kene halau time konsert final af3 tu…lagipun..maybe ina pun tak sanggup nak tengok org yang penah banyak die berkorban, disampingorang lain ..cinte pertame la kate kan…

      perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…mungkin ALLAH sayang ina, tu la sebbnye jodoh die bukan mawi supaye ina tak terlalai dgn kemewahan yang ade pade mawi..aku kagum dgn ina..sbb kesabaran dan ketabahn die sangat kuat..

    • wawa

      yeke ekin salam tok imam? bio btl?? aku tengok gak tm dorg nikah tu. tp xperasan plak lau ekin d salam tok imam.

    • Sharifah Noorizah

      Alhamdulillah… sudah selamat Mawi dan Ekin diijabkabulkan. Moga kehidupan mereka diberkati hingga ke akhir hayat. Pada yang tidak sudah2 mengata tu, hentikanlah. Kejayaan Mawi hari ini bertitik tolak dari usah beliau meningkatkan taraf kehidupan. Setidak-tidaknya kita dah nampak usaha beliau membawa kejayaan. Penat lelah beliau tanpa mengira siang dan malam berbayar.

      Mereka yang mengata tu… bak kata pepatah…ukur baju di badan sendiri. Nilai diri sendiri. Adakah aku sesusah Mawi, adakah penghidupan aku seperti Mawi, adakah pendapatan ku seperti yang dimiliki Mawi, apakah usaha aku meningkatkan taraf kehidupan seperti yang diusahakan Mawi, adakah memiliki apa yang Mawi miliki dan apa pendek kata apa yang ada pada Mawi ada ke pada diri aku. Tepuk dada, tanya selera.

      Kehidupan Mawi menuju puncak. Kamu-kamu yang mengata, memuncakkan dosa.

      Fikir-fikirkanlah…………………

    • dia

      slamat pngntin baru buat mawi n ekin ….
      smoga berbahagia ke akhir hayat dan drahmati Allah slalu…
      smoga tabah mnghadapi dugaan n cabaran…

      perluke nk mention kg2 ni xde kn mngn lngsng….
      whats da problem with kg…????
      yg bandar sngt 2 bandar sngt ke bgs sngt ke….
      huhhh knfius…papepn asl usul nenek moyang dr kg gak…

      g satu drg nk wat wedding of da year org bising klu kawin cikai2 snyp ad yg trase ati…org da sponsor de kawen de accept pun org marah….
      ape ni???yg kutuk2 ni bgs sngt ke….
      nobody perfect la….

    • aku

      salam wbt..
      kenapa semua org ni nampak saje kelemahan orang, tapi kelebihan tak pernah nak nampak..
      ada aje yg tak kena bila orang lain tu rami peminat, bila dah berjaya sampai macam skrg..
      ada yg tak puas hati kat mawi pergi hina ekin tu, ada yang tak suka ekin pergi kutok2 mawi..manusia wei manusia..korang punya bini@laki baik sgt ke?korang confirm ke korang dah dapat pasangan yang hebat, yang tak jahil ilmu agama, subhanallah..siapa la korang nak mengatakan ekin tu jahil..
      kerana tersalah cakap itu? biarlah ALLAH balas apa yang korang dah buat..

      to mawi dan ekin..berbahagia lah kalian berdua hingga ke akhir hayat..
      banyak2 kan berdoa supaya yang mengutuk, menghina, mencaci kalian berubah..
      dan semoga kalian lebih tabah mengharungi liku2 hidup selepas ni sb pasti sekali, makin ramai yang tak puas hati dengan kalian..

      salam..

    • teheee

      Ina ckp kat murai.com “patut la mawi tinggalkan dia”?
      btol ea? kalo btol, dye tu sengal la.

      lenkali blaja ngn ekin.
      nk harta + popular jgn open sgt.
      ni gi open2. buat statement sane sini.
      mmg r org tu reject! last2 melepas tros.
      *xleyh lupa r denga ina nyanyi. (errr.. bcakap kot!) hahaha

    • jerankung

      mlm pertama mawi,,,,jem jem jem
      aku x dpt nak bayangkan cam semut dpt gula
      ekin 2 aku x tahula sebelum ni cam mana…
      nti tunggu aku mimpila…….poyo..

    • http://www.tv3.com.my Honeybee

      Jerangkung … M n E yg kawin .. ko nk mimpi apa lak? Notty .. notty …. ada yg kna ‘sebut’ kang!

    • rose_aidawatiez

      HNYBEE..JERNKUNG tu,mroyan tak dapat momok..tu yg berangan mimpikan ekin lak..mimpi mlm pertama..roboh katillll..sok ekin tu masuk spital..parahh2..

    • rose_aidawatiez

      kembang2 lubang hidung mawi..ape yee yg direnung tu..fikirkan mlm pertame kot ..doa ape nak bace..hahaha..

    • primadona PSIS_jat

      hurm..tahniah kedua mempelai…semoga perkahwinan ini dirahmati allah swt..amin..
      primadona pon xminat mawi bg primadona mawi ni biasa saja…tp tuhan tu maha kaya..dia ada hak untuk melimpahkan rezeki dan kebahagiaan pada hambanya..so kpd yg nk jd berjaya mcm mawi tue xpyh la dengki2 ngan kejayaan dye…dah rezeki…lg 1 xbek kutuk2 org sesedap mulut kte…senang2 je dpt dosa..huhu..tak gitu shaz? awk tue sempurna sgt ke?klu la syaz kat tempat mawi n org ckp awak mcm awak ckp kat mawi tue awak marah x?so…cermin sket diri…biarlah dye dgn pilihan dye..dosa sesama manusia ni mcm mane?syaz nak mati nanti bile plak masa nk mntk maaf kat mawi?renung2 kan selamat beramal…wah gitu…..

    • mata petai

      Terlambat kot nak ucap SELAMAT MENJADI PENGANTIN!

      NOTHING TO BE PROUD! UNPREDICTABLE WEDDING EVENT!
      DALAM UTUSAN CAKAP 30 RIBU HADIR TAPI AYAT JE LEBIH.10 RIBU PUN TAK ADA!JALAN RAYA BOLEH BUAT BARING.TIDAK SEPERTI MASA MAWI BALIK MASA JADI JUARA AF DULU NAK KELUAR DARI FELDA TAIB ANDAK
      PUN JEM HABIS!

      SUKAHATI KO LAH NAK GAH KAN WEDDING NI TAPI MATA PETAI CAKAP BENOR..

    • SITI NADHIRAH

      SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MAWI EKIN SEMOGA SAYA DOAKAN BERKEKALAN KE ANAK CUCU…..AMINNNNNNNNNNNNNNN………
      KAMU BERDUA MEMANG PASANGAN YANG PADAN SANGAT.SAYA HARAP KAMU BERDUA INI TAK LAH MACAM ARTIS2 LAIN APABILA KAHWIN CERAI BERAI.OKLAH I HOPE U ALWAYS HAPPY GO LUCKY

    • zaa_ikram

      ehmm…xda seri sgt pn aku tgk..mgkn coz mwi dh pnah bertunang agaknya..xpa lah,dh jdoh kmu berdua..even aku xsuka,apa hak aku nk komen lebih2..apa2 pn, mga mwi mendidik ekin mnjdi WANITA yg SOLEHAH dan BERADAB.. tahniah..semga bahagia hendakNya..amin

    • fieda

      to mawi and ekin..selamat pengantin baru..semga kekal hingga ke hujung nyawa.. hanya MAUT yang dapt memisahkan kamu berdua..

    • poyo je..

      rasa2nya membazir je majlis perkahwinan kau ni mawi, lg elok duit tu bantu org palestin, anyway smoga kekal ke akhir hayat…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK