in

Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat

Pada 20 Disember lalu, jam 11 pagi, Budiey ada mengikuti sesi pertemuan antara pelakon Drama Gadis Cuci dengan para peminat mereka di Karnival SBRia di Padang Bola Petaling Jaya.

Budiey ada dengar juga, Nora Danish dan Ryzal (memegang watak jahat) turut berlakon sebagai penampilan istimewa dalam telefilem yang akan disiarkan di Astro Ria Januari tahun hadapan.  Gadis Cuci adalah hasil arahan Zek Zukry yang juga projek pilot Nasreen Pictures Sdn Bhd.

Nora pernah cakap, “Terus terang saya katakan saya seronok melakonkan watak Nasha, apatah lagi bergandingan dengan pelakon berbakat besar seperti Darling, Anne Ngasri dan Fara Fauzana yang cukup selamba.

“Lebih menarik lagi, kami semua bekerja sebagai gadis cuci kereta dan bayangkanlah aksi dan gelagat kami berempat nanti. Saya yakin ada yang ‘pecah perut’ menontonnya.”

Antara pelakon yang hadir, Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana, Anne Ngasri, Nanu Baharudin dan Darling Ngasri. Ramai peminat yang datang terutamanya, peminat Fara Fauzana yang menggelarkan mereka Fun Corner.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008

Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil