in

Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Kursus Kahwin

Mawi Semakin Dibenci Ramai Termasuk Media

Yesszaaaaaa… Budiey dah cakap dah. Mesti ada punya media yang bengang dihalau macam anjing kurap. Dah tau dah majlis artis diva yang poyo ni… nak pergi jugak serbu… buat apa la nyibuk kalau tak dijemput. Tengok macam Budiey… takde nak perginyeee… baik pergi Karnival Sehati Berdansa Ria, boleh gak berjemur ambik vitamin C…

Alhamdulilah la kalau tak dijemput pun, lega sikit sebab hari minggu boleh la nak pergi daftar kursus kahwin di Zura Academy petang tadi.

Tapi kalau dah ramai media yang benci, lepas ni habislah Mawi kena boikot. Mmm… tengoklah macamana diorang akan layan Mawi. Mungkin tak semua media yang tak dibenarkan masuk. Segelintir je tu. Terlalu ramai sangat boleh buat majlis jadi huru hara, Mengalah anak raja? Huhu… Mawi kan anak raja… kekekeke

Antara sebab stesen TV milik Media Prima dan Bernama ditahan ialah takut mencaras kerja-kerja stesen milik Astro yang menjadi hak penyiar utama. Nanti penonton dah beralih ke stesen lain pulak… habis la nak buat record sejarah rating tertinggi…

Budiey harap stesen TV milik media prima dan bernama bersabar… apa kata, tahun depan ada satu lagi wedding of the year akan berlangsung… korang berdua Budiey lantik menjadi penyiar utama… free of charge… tak payah bayar… kalau nak jadi penyiar utama.. contact Budiey huhuhuh… kalau sape-sape nak buat Henna pun, sponsor je, tak yah bayar apa-apa…

Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Kursus Kahwin Petang Tadi

Oh ya tadi, cakap pasal kahwin nikah ni, petang tadi, Budiey sempat pergi mendaftar untuk kursus kahwin di Zura Akademi di Bangsar (belakang Maybank dekat LRT Bangsar.) Masa nak minta borang, Budiey terserempak dengan Adlin Aman Ramli dengan buah hatinya, Emelda Rosmila datang untuk kursus kahwin. Budiey sempat borak dengan Emelda… saje je la tanya, bila nak langsung? Emelda jawab, diorang nak langsung… mmm tak tahu lagi nak langsung bila. Pas tu, minta izin nak ambil gambar pasangan tu, tapi Emelda larik… huhu… takut apa lak Emelda ni… promosi apa…

Emelda cakap, Adlin ajak datang kursus sebab dengar ura-ura kursus kahwin akan dipanjangkan tempohnya dari 2 hari ke 5 hari. Dan katanya, akan bertambah harga bayaran kursus. Sekarang ini harga kursus RM80. Dan pemerikasaan saringan HIV adalah wajib untuk semua negeri. Itu menurut kata Datuk Seri Najib baru-baru ini la.

Apa-apa pun semoga Adlin dan Emelda selamat mendirikan masjid tahun hadapan.

Wakil media kena halau

JOHOR BAHRU: Lapan petugas media membabitkan wakil stesen televisyen rangkaian Media Prima dan Agensi Berita Basional (Bernama) dihalau dari Masjid Sultan Abu Bakar ketika cuba membuat liputan majlis akad nikah Mawi dan Ekin, semalam.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan tanda tanya, bagaimana kawasan awam seperti masjid boleh dieksploitasikan pihak tertentu dan menentukan siapa boleh masuk atau tidak.

Kekecohan berlaku apabila anggota pasukan Rela yang ditugaskan mengawal keselamatan menghalau kakitangan media berkenaan di dalam masjid dengan alasan arahan pihak penganjur.

Apabila wakil media berjumpa wakil penganjur, wakil berkenaan mengatakan mereka tidak boleh membuat liputan dan perlu keluar dari kawasan masjid kerana majlis penikahan itu hak eksklusif saluran Astro Oasis.

Seorang wakil media yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kekeliruan timbul kerana majlis itu diadakan di dalam masjid yang juga kawasan awam, namun terpaksa akur dengan arahan diberi.

“Apabila kami keluar dari bangunan masjid dan meninjau di kawasan perkarangan, kami sekali lagi dihalau, menyebabkan berlaku pertengkaran. Namun, mereka kemudian membenarkan kami berada di kawasan perkarangan kerana ia kawasan awam dan tidak mengganggu urusan penyiaran mereka. Kami faham ia majlis mereka, namun mereka juga perlu tahu masjid adalah kawasan awam dan tiada pihak berhak menentukan siapa boleh masuk ke dalam masjid atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata pihaknya menandatangani perjanjian hak eksklusif penyiaran Majlis Pernikahan bersama Mawi yang disiarkan secara langsung.

“Bagaimanapun, kami tetap menjemput wakil stesen televisyen lain membuat liputan di majlis persandingan yang akan diadakan di Kulai, minggu depan dan di Kuala Lumpur kelak,” katanya. – Harian Metro

Ada pemberita dan jurugambar menerima hamburan kata-kata kesat apabila cuba mendapatkan maklumat mengenai pergerakan Mawi. Kawalan ketat ke atas Mawi mengalahkan perkahwinan anak raja.

Itulah yang dihadapi majoriti wartawan tempatan termasuk pemberita Kosmo! yang mengunjungi kediaman Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 29, di Jalan Impian Emas 51, Taman Impian Emas di sini.

Mereka dihalang oleh individu yang mengaku diberi tanggungjawab untuk menapis kehadiran tetamu ke kediaman keluarga bakal isteri Mawi itu.

Persoalannya, apa yang ingin disembunyikan sangat oleh bakal pengantin itu. Apakah majlis yang diadakan terlalu ‘hebat’ atau adakah barang yang digunakan terlalu mahal sehingga perlu dikawal sebegitu ketat?

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI

MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008