in

Lirik Aku Adalah Aku Melda Ahmad

Lirik single terbaru dari Melda Ahmad – Aku Adalah Aku

Peminat-peminat yang mahu menonton persembahan Melda Ahmad nyanyi single terbaru Aku Adalah Aku ini bolehlah mendapatkan tiket konsert di roadshow Gadis Semasa Sunsilk seluruh negara. Melda Ahmad bersama pelakon-pelakon lain Gadis Semasa Sunsilk turut mendampinginya untuk bertemu dan menyambut peminat-peminat ketika mengedarkan tiket konsertnya.

Di samping itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Sunsilk bernilai lebih RM15, pelanggan berpeluang untuk memenangi syampu dan perapi Sunsilk, CD, tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk dan pak percutian eklusif Sunsilk. Jadi pastikan semua berada di lokasi-lokasi ini.

Pantai Timor Hyper Kota Bharu, Mac 18 &19, 10.30am – 10pm
Tunas Manja, Kuantan, Mac 26 &27, 10.30am – 10pm
Mydin, Kuala Terengganu, April 1 & 2, 10.30am – 10pm
Giant Batu Caves, Central, April 2 & 3, 10.30am – 10pm

Tambahan lagi, Aku Adalah Aku juga akan dijadikan nada dering muat turun bagi peminat yang benar-benar menggemari lagu menyentuh kalbu Melda. Setiap trek disediakan melalui laman web Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

Sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod-episod lepas dan mengikuti perkembangan serta peristiwa terkini Gadis Semasa Sunsilk dan maklumat tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk.

(V1)
Lafazkanlah
Kata dari hatiku
Terangilah
Gelap-Gulita Hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

(V2)
Hilangkanlah
Jiwa yang bergelora
Hentikanlah
Kerunsinganku ini
Tutupilah, jendela onak duri

(PRE-CHORUS)
Hidup Bagiku, sesuatu yang indah
Yang tak ternilai, kenikmatan dunia
Padaku

(CHORUS)
Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jiwa di dalamnya
Pasti ku pasti
Yakin pada semua

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah, aku sebenarnya

(BACK V2) SOLO…
(BRIDGE)

Lepaskanlah
Sayap Impian
Bawalah ku terbang tinggi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Eusoff Angah Raja Lawak Drama Teksi Millenium TV2

Peraduan Jom Menonton Filem THE LAST DRAGON Sensasi Selebriti