in , ,

Perjalanan Muzikal RADi Semakin Ke Depan dengan Single ‘Falling For You’

RADi seorang penyanyi, komposer, produser dan penulis lagu dalam bahasa inggeris ini juga merupakan adik kepada penyanyi wanita terkenal iaitu Aisha Retno.

RADi terus menempah nama dengan menghasilkan karyanya dalam industri muzik ini dengan lagu yang bertaraf antarabangsa, lagunya juga telah mendapat perhatian beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam, Taiwan dan banyak lagi. 

Tahun 2023, RADi dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengeluarkan beberapa single seperti Maybe?, Summer Night, Heaven, Summer Vibe dan Like You. Kini pada tahun 2024, Falling For You akan menyinarihari-hari RADi bermula hari ini. Lagu Falling For You ini juga masih mengekalkan tema dan unsur kebahagian yang merupakan luahan perasaan yang dialami oleh penyanyi ini sendiri.

Perjalanan Muzikal RADi Berterusan dengan Falling For You

Falling For You juga memberi mesej peralihan terhadap kisah dari hubungan yang tidak pasti kini sudah mendapat pengesahan terhadap hubungan istimewa itu. Menurut RADi, “Lagu ini merupakan kesinambungan kisah daripada lagu Maybe? yang tidak mempunyai kepastian yang memainkan emosi yang mendalam, Kini RADi lebih yakin tentang status hubungan istimewa tersebut”

Perjalanan Muzikal RADi Berterusan dengan Falling For You

Selain itu, RADi menceritakan tentang perjalanan dan cabarannya dalam proses penyiapkan lagu ini dengan memperkayakan elemen yang instrumen yang lebih berkualiti untuk lagu Falling For You ini Walau bagaimanapun, RADi sentiasa mendapat sokongan daripada Zain dan Kenny Macartney dalam memastikan peralihan yang lancar dari konsepsi ke realisasi.

“Tahun lalu demo lagu ini telah berjaya disiapkan dan beberapa penelitian terhadap komposisi dan memberi kepercayaan kepada produser yang merupakan rakan kerjanya, Zain.

Tidak ketinggalan seorang produser yang juga pakar dalam muzik, Kenny Macartney yang bersama-sama menyiapkan karya yang bakal mengegar dunia.”

– RADi
Perjalanan Muzikal RADi Berterusan dengan Falling For You

Sementara Falling For You, menghiasi dunia seni ini, RADi berharap keada pendengar dan peminat untuk terus memberi sokongan yang padu dengan menjadikan lagu ini sebagai punca kebahagian hidup mereka. 

Perjalanan Muzikal RADi Berterusan dengan Falling For You

“Saya dengan ikhlas berharap semua orang akan menyukai lagu ini. Semoga Falling For You meresap ke dalam emosi semua orang dan menyala api cinta yang ada dalam hati anda.” menjelaskan harapan RADi.

Falling For You boleh dimuat turun di iTunes dan disiar melalui semua platform utama, seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music sekarang.

Falling for you (Lyrics) 

Artist: RADi

Composer: RADi, Zain, Kenny Mcartney

Producer: Kenny Mcartney, Zain, RADi

Lyricist: RADi, Kenny Mcartney

Publisher: Faithful Sdn Bhd

Awkward conversation, as im slowly falling for you.. 

Being all funny but deep down i really wanna kiss you.. 

Lets just forget about all our past 

Lets build the love underneath the stars 

You look at me and i look at you 

Wondering whos gonna lean in for the kiss 

Cause I’m….. 

Slowly falling for you 

Cause i’m 

Slowly falling for you 

I got nothing to hide 

Running out of time 

But no pressure 

Hop in the whip and let’s ride 

Its you 

I’ve been wanting for ages 

Its you 

That be going through phases 

Red light stop.. 

Tryna make move 

Tryna shot my shot on you… 

Cause I’m 

Slowly falling for you 

Cause i’m 

Slowly falling for you 

(Instrumental) 

Falling for you……

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar Contohi Perubahan Aliff Aziz, Takut Kembali Macam Dulu

Shuk Akui Sudah Berkahwin Dengan Fara Salleh Sejak November 2023