in

Peraduan Jom Menonton Filem THE LAST DRAGON Sensasi Selebriti

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Nak menang movie premium filem THE LAST DRAGON? Jom join peraduan ini sekarang!

The Last Dragon Poster 27 x39 in

SYNOPSIS THE LAST DRAGON:

Release Date: 14 April 2011
Genre: Adventure / Action / Creature
Version: English
Cast : Jordan Chan, Sam Neill, Louis Corbett, Robert Mammone, Li Lin Jin
Director: Mario Andreacchio

SYNOPSIS:

Ia sepatutnya menjadi satu percutian yang aman dan tenteram bagi dua orang remaja; Josh dan Ling yang mengikut ibu bapa masing-masing ke sebuah tapak galian arkeologi yang membosankan di China.

Namun, ketenteraman tersebut tidaklah lama apabila pelbagai kejadian aneh dan misteri berlaku di sekeliling mereka sehingga terlihat kelibat seekor “raksasa” di sebuah gua gelap yang mana pintu masuknya dilindungi oleh sebuah kuil sejak beribu-ribu tahun lamanya. Josh cuba memberitahu ayah dan juga semua orang tentang makhluk aneh tersebut namun hampa kerana mereka menganggapnya sekadar mengada-adakan cerita atau berhalusinasi.

Bagi Ling pula, dia merasakan bahawa kewujudan makhluk tersebut bakal mengundang kejadian yang tidak diingini dan mula sedar bahawa, makhluk tersebut adalah seekor Naga Purba China yang terperangkap di dasar bumi kerana terpisah daripada “mutiara” ajaibnya.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada mutiara tersebut? Di manakah ianya sekarang? Apakah bahaya yang tersimpan di sebalik projek galian arkelologi yang sedang diusahakan oleh ayah Josh? Adakah mereka sahaja yang mengetahui tentang kuasa mutiara purba tersebut? Naga yang nyenyak tidur kini telah terjaga. Pertempuran hebat antara yang baik dan jahat bakal tercetus. Dan ibu bapa kedua-duanya akhirnya menyedari hakikat bahawa anak mereka sememangnya bercakap benar. Ia menjadi sebuah percutian yang pasti sukar dilupakan!

Releasing 14 April 2011.

Menangi hadiah-hadiah ini:

5 X The Last Dragon T-shirt + 2 Platinum Pictures Complimentary Passes
5 X 2 Platinum Pictures Complimentary Passes

The Last Dragon T shirt

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Namakan 3 pelakon utama filem ini?

Soalan 2:
Namakan pengarah filem ini

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menjadi pengedar filem ini di Malaysia?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya ingin menonton filem THE LAST DRAGON kerana... (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

20 APRIL 2011

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Filem THE LAST DRAGON – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Terima kasih kepada penaja PLATINUM PICTURES SDN BHD:

platinumpictures

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Aku Adalah Aku Melda Ahmad

Maharaja Lawak