in

Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura pada 14 Apr 2012 di Dewan Konsert Esplanade. Tiket-tiket berharga $68 tinggal 27 tempat duduk sahaja. Tiket-tiket berharga $188 (VIP dan berjumpa artis) tinggal 38 sahaja.

Selepas Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya, Kuala Lumpur, September 2012, kini Alleycats akan ke Singapura sempena meraikan ulang tahun ke 43 bersama peminat mereka di sana.

Konsert Istimewa Buat Singapura akan diadakan di Dewan Konsert, Esplanade pada 14 April 2012 itu menjadi satu penghargaan kepada peminat Alleycat di republik itu.

Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

Walaupun sudah empat tahun berdiri tanpa vokalis keduanya, Loga, namun aura yang dimiliki Alleycats masih terus dapat dirasai oleh peminat setia mereka. Malah, menurut vokalis kumpulan berkenaan, Datuk David Arumugam, penganjuran konsert berkenaan membuatkannya cukup teruja.

“Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk mengadakan konsert di sana. Jujurnya, perkara ini membuatkan kami (Alleycats) rasa sangat dihargai.Jadi, sudah semestinya Alleycats akan menggunakan masa yang ada untuk membuat persiapan sebelum tibanya hari konsert tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat Universal Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru baru ini.

David juga menambah, bagi menghargai peminat di Singapura, satu kejutan akan diberikan kepada peminat setianya yang menghadiri konsert itu nanti.

“Apakah kejutan yang dimaksudkan itu? Kenalah tunggu hari konsert tersebut. Namun, apa yang lebih penting, kami mahukan peminat terhibur dengan persembahan yang kami tampilkan nanti,” ujarnya.

Sementara itu, penganjur konsert berkenaan, Raistar Entertainment optimis ia mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat berdasarkan reputasi yang dimiliki oleh Alleycats.

Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

Menurut Pengarah Konsultannya, Fahmi Rais, ini berdasarkan sambutan lagu-lagu hits Alleycats yang sering dimainkan di corong-corong radio di sana.

“Jadi, kami sangat yakin bahawa konsert itu nanti bakal mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi ini merupakan konsert sulung mereka di sana. Malah, peluang mengadakan konsert di Esplanade juga merupakan satu penghargaan buat kami memandangkan bukan semua artis layak membuat persembahan di sana,” katanya dalam nada bersungguh.

Antara lagu yang bakal dinyanyikan oleh Alleycats pada konsert itu nanti ialah Jika Kau Bercinta Lagi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dan banyak lagi bagi menghargai peminat mereka di sana.

Maklumat lanjut mengenai tiket konsert berkenaan boleh didapati di www.sistic.com.sg.

Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rumah Mawi Kena Rompak

Gambar Scha Alyahya & Awal Ashaari di Majlis Pengumuman Kahwin