Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Kelab Jeng Jeng, Cinta Balqis dan Nenek Kebaya di TV3



TV3 di bawah jenama women@tv3 kini memperkenalkan tiga lagi siri baru yang bakal mengisi tiga slot menarik khusus untuk wanita tidak lama lagi. Tiga siri tersebut yang bakal menemui penonton TV3 ialah drama komedi “Kelab Jeng Jeng” yang bakal mengisi slot Senda Pagi, “Cinta Balqis” yang bakal mengisi slot Akasia dan “Nenek Kebaya” yang bakal mengisi slot Lagenda.

“Kelab Jeng Jeng” mengisahkan sekumpulan wanita yang menubuhkan kelab yang dipanggil Kelab Jeng Jeng dengan matlamat untuk mengumpulkan wang untuk bercuti di China. Antara pelakon yang terlibat dalam siri ini termasuklah Fadilah Mansor, Didie Alias, Siti Fazurina, Norseha, Zila Bakarin, Ebi Yus dan Sabri Yunus.

Eira Syazira

Manakala, “Cinta Balqis” pula mengisahkan kisah cinta yang terhalang oleh keluarga. Siri ini dibintangi oleh Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Memey Suhaiza, Mak Engku, Aripah Damanhuri, Hafidzudin, Hamidah Wahab, Aizad Jasmin dan Ainul Aisyah.

Ainul Aishah

Siri “Nenek Kebaya” pula mengisahkan seorang nenek, Shamsiah yang sentiasa muda, cantik dan misteri yang sentiasa berkebaya jika ke mana-mana. Siapakah Shamsiah dan apakah rahsianya? Siri ini menampilkan pelakon seperti Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi dan Mariani.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pengurus Artis Yang Dulu Kerjanya Menipu
  • Sarimah Ibrahim & Azura Zainal Penyampai Terbaru Red FM
  • Siapa Kekasih Baru Nurul?
  • Gambar Diana Rafar & Zamarul Hisyam di Parti Nona 2010
  • Gambar Drama Cinta Balqis
  • Raja Azura & Sharifah Shaheera Hos ABP 2009
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Siapa Datuk T Dalang Video Seks Pemimpin
  • Gambar Siti Saleha di The Blue Kebaya Showcase
  • Program Menarik Sempena Hari Raya 1430H di TV3



  • 5 Komen untuk entri “Kelab Jeng Jeng, Cinta Balqis dan Nenek Kebaya di TV3”

    1. mylo kata:

      eiy.. besnyer cite cinte balqis.. mylo x pna miss skali pon.. kak eira mng cyte glor.. jmp dy kat booth wanita.. smlm.. nmpk skt.. cian dy.. tp dpt gak snap gambo dy.. love u kak eira..

    2. nora kata:

      aq slalu x tgk citer nenek kebayan sbab x ingat.so, minta ulang balikya.

    3. myy kata:

      cinta balkis mmg gempak!!!syg hassan

    4. myy kata:

      kelab jeng2 tak payah siarkan pn tak pee..tak best

    5. noor nadirah kata:

      eira tu cantikkan……………….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK