in

Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu

Setelah sambutan yang amat memberangsangkan di lokasi-lokasi yang sebelumnya, Karnival Sua Rasa TV9 kini kembali lagi untuk menceriakan hujung minggu anda di Kuala Terengganu.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk memastikan para pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti dan personaliti TV9, tetapi bersantai dan berhibur beramai-ramai serta membeli barangan pada harga yang berpatutan.

Tarikh:
8 dan 9 OKTOBER 2010 (Jumaat & Sabtu)

Masa:
Sepanjang hari (9 pagi – 10 malam)

Tempat:
Pulau Warisan (bersebelahan Pasar Payang), Kuala Terengganu

Artis-artis yang akan hadir untuk memeriahkan karnival ini adalah Aziz Desa, Farah Adeeba, Syarifah Nur, Alif Satar, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Karl Shafek, Mardiana Alwi, Izreen Azminda, Ramasundran, Fikhree Bakar dan ramai lagi.

Untuk Konsert Rentak Sua Rasa pula yang akan berlangsung pada malam 9 Oktober 2010, artis-artis popular tanah air yang akan merancakkan pentas adalah Nash, Saleem (Iklim), Yassin, Fiq (Mentor), Mohammad (Mentor), Azzam Idola Kecil 2 dan Arill Idola Kecil 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Short Shorts Film Festival & Asia 2010

Akim dan Juliana Evans Bercinta?