in

Short Shorts Film Festival & Asia 2010

SHORT SHORTS FILM FESTIVAL & ASIA 2010 DI MALAYSIA

Short Shorts Film Festival & Asia Japan (SSFFA Japan) bermula pada tahun 1999 di Harajuku Tokyo dengan matlamat untuk memperkenalkan filem pendek kepada masyarakat Jepun.

SSFFA telah mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences USA.

Pemenang bagi anugerah Grand Prix adalah layak dicalonkan bagi kategori filem pendek di Academy Awards bagi tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, FINAS bekerjasama dengan pihak penganjur Short Shorts Film Festival & Asia Japan untuk mengadakan tayangan filem pendek yang telah disenarai pendek dan juga pemenang pada penganjuran SSFFA Japan pada bulan Jun yang lalu ditayangkan di Malaysia pada 1-3 Oktober 2010.

Sebanyak 26 buah filem pendek akan di tayangkan pada tarikh tersebut dari negara Australia, Japan, Germany, United Kingdom, France ,Norway, Pakistan, Switzerland, USA, Philippines, Argentina, Netherlands dan Malaysia.

Penganjuran ini dapat merebut peluang dalam memperkenalkan filem pendek yang bermutu dari seluruh Asia kepada karyawan filem di Malaysia.

Penganjuran Festival Filem pendek ini juga dapat memberi peluang besar kepada karyawan filem di Malaysia dan juga peluang keemasan kepada pelajar perfileman dalam pendedahan dari pelbagai aspek pembikinan dan kualiti filem pendek luar negara kepada mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Maher Zain di Sidang Media Showcase Maher Zain

Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu