Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Jordin Sparks Juara American Idol 6



Seolah sudah dapat diduga, Jordin Sparks akhirnya mengondol gelaran juara American Idol musim ke-6. Ramai yang tidak terkejut dengan keputusan rakyat Amerika ini kerana kebolehan dan bakat Jordin sememangnya sangat cemerlang seawal konsert pertama lagi. Dengan mendapat undian terbanyak 74 juta undi, tak syak lagi Jordin menjadi pertaruhan dalam industri muzik yang lebih segar dan urban. Terbukti, keupayaan Jordin membawa lagu This is My Now dengan lontaran vokal yang jauh lebih baik daripada Blake seolah lagu itu memang dicipta untuk Jordin. Tahniah Jordin!

Dalam usia 17 tahun, ini bermakna Jordin adalah juara paling muda dalam sejarah AI. Seolah dirancang, kebetulan juara Akademi Fantasia juga kali ini milik Mila yang juga mencatat sejarah antara pemegang gelaran juara paling muda. Kedua-dua juara ini saya kira ada kombinasi antara potensi dan bakat yang besar dalam industri. Tahun ini, program TV paling popular itu memungut jumlah undian paling banyak kerana penonton diberi peluang mengundi lebih dari satu dan dapat menggunakan talian telefon. Namun, saya kira jumlah penonton agak berkurangan kerana AI dah macam lesu dan kurang hype di sana.

Saya tak dapat menyaksikan siaran ulangan finale American Idol malam ini kerana menghadiri Malam Pembukaan Pirates of the Caribbean: At World’s End di Cineleisure Damansara anjuran Nuffnang malam ni. Argh! Tengok dalam youtube atau cuba download torrent pun jadilah kan?

[tags]American Idol, Blake Lewis, Jordin Sparks, Finale American Idol[/tags]

Tags:

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Melinda Doolittle Gagal Jadi Finalis American Idol
  • Blake Lewis & Jordin Sparks – Siapa Juara American Idol?
  • AMERICAN IDOL SEASON 8
  • Scotty McCreery Winner American Idol Season 10
  • David Cook Winner American Idol
  • Star World Presents Lee DeWyze Live in Kuala Lumpur
  • Paul McDonald is Eliminated On American Idol
  • Big Time Rush New Debut Album
  • Photo Simon Cowell is Shirtless, Half Nude Naked Pix Celebrities
  • American Idol Musim Ke 11



    • http://www.yahoo.com Hanafia

      jordin spark dari segi lagu memang berlain sekali dari lagu penghibur yang sebelumnya dan aku ucapkan tahniah kepadanya.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK