in ,

Caleb Johnson Juara American Idol Musim Ke-13

Tahniah buat Caleb Johnson yang telah dinobatkan sebagai juara American Idol musim ke-13 pada malam Rabu lalu. Penyanyi yang berusia 23 tahun yang mempunyai suara lantang itu berjaya menambat hati juri setiap minggu sehingga meraih undian paling tinggi daripada penonton program realiti itu. Beliau dilihat sentiasa menunjukkan persembahan mantap kebanyakannya dengan lagu-lagu bergenre rock. Sebelum ini, beliau pernah mencuba nasib dalam program yang sama ketika berusia 19 tahun, namun tidak berjaya. Ternyata, tuah berpihak kepadanya di American Idol 13.

Caleb-Johnson

Beliau yang berasal daripada Asheville, North Carolina melahirkan rasa gembira dan cukup bertuah kerana berjaya bergelar juara dan berterima kasih kepada peminat dan penonton yang mengundi.

Johnson yang telah menewaskan saingannya, Jena Irene, 17, pada pentas akhir tersebut melalui undian tertinggi penonton. Johnson membuat persembahan memukau di pertandingan akhir dengan kemantapan vokal dan kemenangannya itu menepati ramalan sejak awal lagi. Kedua finalis ini diadili oleh juri American Idol musim ini iaitu Keith Urban, Jennifer Lopez, dan Harry Connick Jr.

Bagaimanapun, peserta yang yang berasal daripada Farmington Hills, Michigan itu turut akan menerima hadiah saguhati.

American-Idol-Caleb-Johnson-Photo-Credit-Fox-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luncai Emas & Godzilla Boombox Bergabung Lahirkan TIGA SWAGGER & HANAROSE

Jom Sambut Hari Bapa di Impiana KLCC Hotel