in ,

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2007 APM2007

Anugerah Planet Muzik kembali lagi dengan memberikan satu lagi keterujaan buat peminat dan industri muzik serantau. Kepada peminat muzik, jangan lupa untuk mengundi finalis calon penyanyi dan band popular anda di http://www.apm.sg .

Majlis anugerah yang melibatkan 3 buah negara ini akan diadakan di Singapore Indoor Stadium pada 8 Jun. Agak malang bagi Malaysia kerana hanya dapat menghantar 66 calon dari 442 pencalonan. Berbanding jumlah yang besar yang dikutip dari negara lain.

Lihat sendiri bagaimana kemajuan industri muzik Indonesia yang berkembang pesat dengan 274 pencalonan. Dengan negara sekecil Singapura pun masih lagi dapat mengumpulkan 102 pencalonan.

Sudah tentu, kita akan kata industri muzik di Indonesia lebih besar dari negara kita, namun, fikir sendiri bagaimana Singapura yang sekecil itu dapat menggamit pencalonan yang jauh lebih banyak? Memang memalukan! Tetapi mungkinkah kuantiti tidak menjamin kualiti seratas peratus.

Kita tunggu dan lihat berapa kerat artis dan lagu kita yang akan menang pada 8 Jun. Seperti biasa akan disiarkan secara langsung di Astro Ria. Untuk keterangan lanjut sila ke www.warna.sg dan www.ria.sg

Pengacaranya masih dikekalkan… tidak lain dan tidak bukan wakil dari negara kita… bekas pengacara Akademi Fantasia, Aznil Haji Nawawi. Tahniah Aznil. Buat yang terbaik, ya!

Artis Lelaki Baru Terbaik:

  1. Faizal AF4 – Best Of Faizal AF4
  2. Imran Ajmain – Dengan Secara kebetulan
  3. Irwansyah – OST Heart
  4. Izwan Pilus – Erti Kasih

Artis Wanita Baru Terbaik:

  1. Acha Septriasa – Heart
  2. Farhan AF4 – Best Of Farhan
  3. Noryn Aziz – Alam Maya
  4. Reika Roslan – Bercerita
  5. Terry – Terry

Duo/Kumpulan Baru Terbaik:

  1. Kerispatih – Kerispatih
  2. Letto – Truth, Cry & Lie
  3. Nidji – Breakthru
  4. Rea – 1/2 Gila
  5. Samsons – Naluri Lelaki

Artis Lelaki Terbaik

  1. Ari Lasso – Selalu Ada
  2. Glenn Fredly – Aku & Wanita
  3. Iwan Fals – Iwan Fals In Love
  4. Marcell – Marcell
  5. M Nasir – Sang Pencinta

Artis Wanita Terbaik

  1. Agnes Monica – Whaddup A?
  2. Audy – 2303
  3. Jaclyn Victor – Inilah Jac
  4. Noryn Aziz – Alam Maya
  5. Siti Nurhaliza -Transkripsi

Duo/Kumpulan Terbaik

  1. Dewa 19 – Republik Cinta
  2. Kerispatih – Kerispatih
  3. Letto – Truth, Lie & Cry
  4. Samsons – Naluri Lelaki
  5. Ungu – Melayang

Lagu Terbaik

  1. Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) – Melly Goeslaw/Siti Nurhaliza
  2. Cinta Terakhir (Ari Lasso) – Irfan (Samsons)/Ari Lasso
  3. Demi Waktu (Ungu) – Enda
  4. Juwita (Citra Terindah) (M Nasir) – M Nasir
  5. Kenangan Terindah (Samsons) – Irfan

Album Terbaik

  1. Breakthru – Nidji
  2. Kerispatih – Kerispatih
  3. Naluri Lelaki – Samsons
  4. Republik Cinta – Dewa 19
  5. Sang Pencinta – M Nasir
  6. Transkripsi – Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik Singapura

  1. Goda – Bhumiband
  2. Kau – Merah
  3. Sombong – Taufik Batisah
  4. Sudah Tu Sudah – Imran Ajmain
  5. Usah Lepaskan – Taufik Batisah

Artis Terbaik Singapura

  1. Bhumiband
  2. Imran Ajmain
  3. Iskandar Ismail
  4. Norazela Rosli
  5. Sound Salvation

Album Terbaik Singapura

  1. Dengan Secara Kebetulan – Imran Ajmain
  2. Dengar Dan Lihat – Iskandar Ismail
  3. Di Sini Menanti – Norazela Rosli
  4. Konspirasi Dunia – Bhumiband
  5. Wira Cosmo – Malex

Kategori Popular

Artis Lelaki Paling Popular

  1. Ajai
  2. Awie
  3. Faizal AF4
  4. Glenn Fredly
  5. Irwansyah
  6. Iwan Fals
  7. Hady Mirza
  8. Marcell
  9. Mawi
  10. M Nasir
  11. Once
  12. Taufik Batisah

Artis Wanita Paling Popular

  1. Acha Septriasa
  2. Adibah Noor
  3. Agnes Monica
  4. Audy
  5. Ella
  6. Jaclyn Victor
  7. Krisdayanti
  8. Melly Goeslaw
  9. Misha Omar
  10. Ning Baizura
  11. Rossa
  12. Siti Nurhaliza

Kumpulan Paling Popular

  1. Ahli Fiqir
  2. Dewa 19
  3. Gigi
  4. Letto
  5. Nidji
  6. Peterpan
  7. Pretty Ugly
  8. Radja
  9. Samsons
  10. Search
  11. Sofaz
  12. Ungu

Lagu Paling Popular

  1. Aku Ada Karena Kau Ada – Radja
  2. Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
  3. Demi Waktu – Ungu
  4. Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
  5. Juwita (Citra Terindah) – M Nasir
  6. Kenangan Terindah – Samsons
  7. Kian – Mawi
  8. My Heart – Irwansyah & Acha Septriasa
  9. Sedang Ingin Bercinta – Dewa 19
  10. Sudah Tu Sudah – Imran Ajmain
  11. Tak Ada Logika – Agnes Monica
  12. Terlalu Istimewa – Adibah Noor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Jordin Sparks Juara American Idol 6

Ulasan Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN 3 : AT WORLD’S END, Berapa Bintang Nak Kasi?