in

Jenayah Siber Dalam Apa Kata Wanita

Topik Jenayah Siber Dalam Apa Kata Wanita (AKW) Pada 2 Mac Ini di TV2

Program Apa Kata Wanita (AKW) kembali menemui penonton dengan sebuah lagi topik semasa berkaitan “Jenayah Siber” yang mensasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa pada 2 Mac ini, jam 1.00 petang menerusi saluran TV2.

Topik ini menjadi pilihan untuk diperbincangkan berikutan kebimbangan terhadap laporan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia Jabatan Siatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang melaporkan 80 peratus mangsa penipuan dan jenaya siber adalah kaum wanita. Wanita berjiwa sentimental dan kesunyian antara faktor utama mengapa wanita mudah terpedaya dengan ‘ayat-ayat cinta’ melalui perkenalan dengan teman lelaki di laman web sosial seperti Facebook.

Jenayah Siber Dalam Apa Kata Wanita

Ia membabitkan kerugian wang meningkat secara mendadak iaitu daripada 5.9 juta ringgit daripada 345 kes pada tahun 2009 kepada 791 kes pada tahun 2010 membabitkan kerugian 18.9 juta ringgit. Paling membimbangkan angka kerugian pada tahun lepas sahaja meningkat kepada 34.2 juta dengan 876 kes dilaporkan kepada pihak polis.

Tidak perlu bersua muka atau berjumpa secara fizikal, wanita dengan begitu mudah dilamun cinta sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka dan kerugian berjuta ringgit semata-mata kerana percaya bahawa kenalan ‘maya’ berbangsa asing dari Eropah, Amerika Syarikat dan UK yang dikenali mahu mengahwini mereka. Jumlah tertinggi kerugian seorang wanita yang pernah dilaporkan adalah 1.5 juta ringgit.

Justeru dalam usaha cuba mengelakkan kejadian sama berulang, program AKW bakal membincangkan fenomena penipuan dan jenayah siber yang didalangi sindiket luar negara ini bersama tetamu undangan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia dan Pihak Polis serta pengakuan seorang mangsa Jenayah Siber.

Program turut berkongsi tip bagaimana wanita perlu ambil sikap lebih berhati-hati dan waspada berkenalan dengan rakan baru di laman sosial sebelum mengundang padah.

Sama-sama kita kuti perbincangan berguna ini hanya di TV2.

Jenayah Siber Dalam Apa Kata Wanita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Notebook Series 5 ULTRA

Free LMFAO Tickets From Samsung GALAXY Y