Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Jemputan Ke Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti

Yeay! Budiey.com kini dah berusia 3 tahun! Kalau dalam usia sebegini kiranya dah pun boleh bercakap tapi pelat sikit kot. Hehe…

Alhamdulilah, syukur sangat-sangat sebab memang tak sangka, masa berlalu begitu cepat. Tup-tup dah pun 3 tahun. Cepat kan? Pelakon drama tersohor, Ashraf Muslim pun terkejut… sekejap aje 3 tahun!

SERIBU PENGHARGAAN
Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama sebab korang memang sporting habis!, juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari dulu hingga sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin berkembang sehingga mendapat hits dalam 20 – 25 ribu sehari!

Tahun 2009 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Selain berjaya tersenarai menjadi finalis di Anugerah Blog Asia Pacifik, Budiey juga berpeluang menjadi tetamu di program bual bicara Blog di RTM1, menjadi peserta Program Ewah-Ewah di TV3, peserta Perang Rendah di TV9, salah seorang peserta dalam Project Alpha musim pertama dan banyak lagi. Pengalaman yang sangat menyeronokkan!

KENANGAN DI PARTI ULANGTAHUN KE-2
Budiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulantahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

Kali ini, Budiey ingin memberikan LEBIH… LEBIH… LEBIH… lebih goodies, lebih hadiah, lebih selebriti, pendek kata semuanya lebih untuk pembaca semua!

Updated: Kini, bilangan 70 orang pembaca yang akan menyertai Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com sudah pun PENUH! Dengan ini, Budiey dengan rasminya mengumumkan jemputan telah pun diTUTUP!

Jemputan Eksklusif Kepada Pembaca Budiey.com
Sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-3 ini, Budiey akan mengadakan parti bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.  

Kat Mana Tu?


Neway Karaoke Box, Tingkat 4, Berjaya Times Square, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Bila ek?
24 Januari 2010, Hari Ahad

PERHATIAN!
Updated: Kini, bilangan 70 orang pembaca yang akan menyertai Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com sudah pun PENUH! Dengan ini, Budiey dengan rasminya mengumumkan jemputan telah pun diTUTUP!

Jam Berapa Start?
Jam 2 petang

Yurannya Berapa RM?
RM20 untuk seorang

Tema?
Merah & Putih
Sepanjang party berlangsung, diWAJIBkan semua pembaca yg hadir memakai Baju T-shirt Ulangtahun Budiey.com yang akan diberikan semasa pendaftaran.

Artis yang dah kompem untuk perform:
Mimi My Starz LG, Iqwal, IZ OIAM, Hyrul Mentor, In Heart

Selebriti yang akan dijemput:
Ashraf Muslim, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Diana Danielle, Kamal Adli, Hafiz Hamidun, Imran Ajmain, Avaa Vanja, Iqram Dinzly, … dan ramai lagi!

Datang ke tak, masih belum dipastikan lagi. Budiey akan jemput selebriti ni 2 minggu sebelum parti berlangsung. Jadi, Budiey tak janji lah samada diorang datang ke tak.

Apa yang pembaca akan dapat?

  1. 1 X T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti ’Kini Dah 3 Tahun’. Pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL, XXL atau XXXL
  2. 1 X goodie bag yang diisi pelbagai barangan merchandise
  3. Berhibur bersama persembahan artis
  4. Dapat bertemu & bermesra dengan selebriti
  5. Makanan juga disediakan
  6. Berkaraoke dan ENJOY!

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI ULANGTAHUN INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:
  • Saiz Baju T-shirt:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com di Neway Karaoke kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Budiey akan reply email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran. Semuanya akan diterangkan dalam email.

5. Buat pembayaran.

Oleh kerana parti diadakan di dewan yang kurang besar, jemputan ini hanya TERHAD kepada 70 orang pembaca sahaja! Jadi, siapa cepat dia dapat!

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

TAK DAPAT JOIN, TAPI MAHU MEMILIKI T-SHIRT EKSKLUSIF
Untuk korang yang tak dapat join, tapi mahu membeli T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti ’Kini Dah 3 Tahun’, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM30 sahaja! Penghantaran akan dibuat melalui pos. Sila hubungi Budiey untuk proses pembayaran.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti. 

Pandangan depan T-shirt

Peta Lokasi Parti:


View Larger Map

Penaja Utama:

Penaja Lokasi:

Lain-Lain Penaja:

  

Langsing SIY: www.langsingdengansiy.com

Gelang Tasbih Julia: www.tasbeehjulia.blogspot.com

Wellness Technology: www.wellnesstechnology.blogspot.com

Modern Alumunium Kitchen: www.modernaluminiumkitchen.com

 Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

iPod Shuffle 3GB dari Red Communications

2 X pemain DVD dari 8TV

2 X coffee maker dari 8TV

Activity Tracker with Body Fat Monitor

dan banyak lagi menanti anda!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Senarai Pemenang Parti Eh! 20 Yang Anggun 2007
  • Sekitar Sambutan Anniversary 10 Tahun Saluran NTV7
  • Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Ucapan Fouziah Gous & Noni AF Sempena Anniversary Ke-3 Sensasi Selebriti



  • 13 Komen untuk entri “Jemputan Ke Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti”

    1. sumijelly kata:

      wah…amat2 menarik…nak joint la… kul 2 ptg yek..huhuhu..
      pack la jadula hari ahad nanti..hahahaha….
      pagi gathering MBP, ptg party Budiey… wah…..meriah..huhuhu

    2. Nur kata:

      salam budiey..berminat gak first time nk joint nie..tp ada kemuskilan arr..t’shirt tuh ada ke extra2 saiz..almaklum arr ai nie ’sihat comel’ kekdahnya..;)

    3. Budiey kata:

      Nur, pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL, XXL atau XXXL.

    4. Jutawansms kata:

      macm best je nak dptkan jugak la satu
      http://loketajaib.com

    5. Eddy kata:

      budiey..saya dh emel dan dapat confirmation iaitu jemputan rasmi & cara-cara pembayaran. Boleh tak saya bayar pada 28hb iaitu pada hari saya masuk gaji.?? or ada dateline pembayaran utk org yg dh dpt emel ke parti budiey mcm sy??

    6. hidup berani untuk gagal kata:

      wahh menariknyer.. cam nak join jer.. nanti saya sms.. kalu tak join pun sayer cam nak beli t-shirt la..

    7. apeapeaja kata:

      wahh menarik dan tertarik….

    8. Hamba Allah kata:

      Bestnya…tp boleh tgk dari jauh ajelah…tak dapat nak joint…jauh, keja lg hari ahad tu….hukhuk….sedih ni!

    9. adilla kata:

      salam budiey.saya xdapat email dari budiey lagi..cam mana nie?saya dah daftar.

    10. Mira kata:

      sudah berjaye mendaftarkan diri untk parti nie….heppie 3rd anniversary to budiey.com…..:-)budiey.com mmg rox….:)jumpe di times square 24hb jan 10….huhuhu..

    11. Roslan kata:

      oh ini bro cakap kat saya time kat astro parti tu..tapi dah penuh..adoiyai..siap ade sponsor tu.bagus tol..syg tak de tempat kosong..huhu

    12. sumijelly kata:

      budiey..sumi nak tnya la..
      ada x kemungkinan yg join tu x dpt datang?? hikhikhik…
      mana la tahu..kot2 leh selit lagi masa that day…
      untung leh masuk kan?? kan?? x kisah la walaupun kene bayar extra dr harga biasa…
      (amboi…nampak sgt macam sumi nak g kan??)

    13. afham kata:

      tahniah budiey..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!