in , ,

Nak Jadi Penyampai Radio? Nah! Ini Peluang Jadi Penyampai Hujung Minggu di Suria FM

Dah lama bercita-cita nak menjadi penyampai radio di Suria? Inilah masanya!

Stesen radio Suria FM kini mencari mereka yang mempunyai bakat dan berkelayakan untuk menjadi penyampai hujung minggu di Suria FM. 

Kepada mereka yang berminat dan berbakat boleh menghantarkan resume dan demo rakaman suara ke [email protected] dan berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Suria FM. 

Nak Jadi Penyampai Radio? Nah! Ini Peluang Jadi Penyampai Hujung Minggu di Suria FM

Kriteria yang dicari adalah:

  1. Berusia 18 hingga 35 tahun 
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Mempunyai personaliti menarik, petah bercakap dan kreatif

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, pihak Suria FM ingin membuka peluang kepada mereka yang berbakat menampilkan bakat sebagai penyampai radio yang kreatif sekaligus memperdengarkan suara-suara baru dan unik ke udara di corong radio. 

Nak Jadi Penyampai Radio? Nah! Ini Peluang Jadi Penyampai Hujung Minggu di Suria FM

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Food Meneruskan Misi Untuk Meneraju Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Susah Jumpa Papan Iklan Produk Lokal, Zoey Rahman Sujud Syukur Dikecam