in

Gambar Aida Gadis Melayu Bertunang Dengan Saiful Nizam

Akhirnya cinta Juara Gadis Melayu, Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaidah Zali telah direstui dengan ikatan tali pertunangan bersama kekasih hatinya yang bernama Saiful Nizam Ismail, penyampai berita TV3. Dikatakan, cinta mereka berputik ketika bersama-sama bekerja di satu program TV dan selalu bertemu di Sri Pentas. Sama cantik sama padan.

Majlis secara sederhana telah berlangsung di di rumah keluarga Aida di Bandar Country Homes, Rawang pada 19 Disember lalu.

Aida menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang buat pihak lelaki. Mengikut perancangan, majlis pernikahan akan diadakan sebelum Ramadhan tahun depan.

Tahniah Aida! Selamat bertunang dan semoga cinta kalian disatukan hingga ke jinjang pelamin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Star Live 2009 Catat Rekod Membanggakan

Jemputan Ke Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti