in

Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 Cipta Fenomena

Rentak Juara Rhythm Of Champions atau ringkasnya RJROC adalah program hiburan berbentuk pertandingan berkumpulan (band) lanjutan daripada pertandingan Juara Kugiran. Rancangan ini adalah wadah berterusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk meneruskan komitmen dan usaha mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang muzik tanah air.  Tidak terkecuali juga membantu mengangkat kumpulan profesional untuk bersaing dan meluaskan kerjaya seni muzik masing-masing.

RTM sebelum ini menerusi platform yang sama pernah menerbitkan beberapa pertandingan muzik berkumpulan antaranya Juara Kugiran pada tahun 1970an.   Empat tahun pertandingan tersebut dianjurkan, banyak nama besar dilahirkan oleh RTM ketika itu untuk mewarnai industri muzik tempatan seperti Kumpulan Titiwangsa, De Westerlies, The Rezas, The Breeze, The Burglars, The Zurah, Suara Kilat, Teruna Ria dan The Wanderes.

4207711426 2A59F35571 O | 4

Selang tiga dekad berlalu, RTM meneruskan inisiatif mengembalikan kegemilangan pertandingan tersebut dengan imej baru yang lebih segar menerusi penerbitan Rentak Juara – Rhythm Of Champions pada tahun 2004.  Menerusi pertandingan ini, menyaksikan kehadiran kumpulan-kumpulan baru seperti NRG, Gerhana Skacinta, Disagree dan Dragon Red. 

Tahun ini menyaksikan RTM sekali lagi menganjurkan RJROC 2010 yang tampil dengan tagline “Cipta Fenomena” dalam pencarian kumpulan muzik terbaik daripada kumpulan amatur mahupun profesional dalam negara. 

15 lokasi ujibakat RJROC 2010 telah dipilih RTM yang bermula diadakan bertempat di Dewan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sandakan dan RTM Kota Kinabalu (9 dan 10 Januari 2010). Kemudiannya bertempat  di Sarawak RTM Sibu dan Auditorium Miri, RTM Miri (16 dan 17 Januari 2010) dan RTM Sri Aman dan Auditorium P.Ramlee RTM Kuching (23 dan 24 Januari 2010).

Kemudiannya ujibakat diteruskan di Auditorium Mutiara fm RTM Pulau Pinang (29 dan 30 Januari 2010), RTM Kedah (31 dan 31 Januari 2010), RTM Perak (6 dan 7 Februari 2010), RTM Pahang (6 dan 7 Februari 2010), RTM Kelantan (19 dan 20 Februari 2010), RTM Terengganu (19 dan 20 Februari 2010), RTM Johor (27 dan 28 Februari 2010), RTM Melaka
(27 dan 28 Februari 2010) dan diakhiri lokasi Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur (6 dan 7 Mac 2010).

Jadual pertandingan juga telah diatur 11 peringkat dimana Peringkat suku akhir 1 pada 1 Mei 2010, Peringkat suku akhir 2 pada 8 Mei 2010, Peringkat suku akhir 3 pada 15 Mei 2010, Peringkat suku akhir 4 pada 22 Mei 2010, Peringkat suku akhir 5 pada 29 Mei 2010, Peringkat suku akhir 6 pada 05 Jun 2010, Peringkat sms suku akhir pada 12 Jun 2010, Peringkat separuh akhir 1 pada 19 Jun 2010, Peringkat separuh akhir 2 pada 26 Jun 2010, Peringkat separuh akhir sms pada 03 Julai 2010 dan Peringkat akhir pada 17 Julai 2010.

Program RJROC 2010 ini bakal disiarkan secara langsung setiap Sabtu, jam 8.30 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Syarat ujibakat termasuklah warganegara Malaysia, tiada had umur, terbuka kepada kumpulan amatur & profesional, lagu ujibakat adalah Bahasa Malaysia ciptaan tempatan dan anggota kumpulan adalah 4 hingga 9 orang (termasuk penyanyi).

Manakala syarat pertandingan pula adalah lagu-lagu yang dipertandingkan mestilah diluluskan oleh panel penilaian lagu RTM. Setiap kumpulan yang bertanding hanya diberi masa selama 7 minit bagi membuat persembahan. Masa persembahan tersebut meliputi dua buah lagu; satu lagu wajib dalam bahasa malaysia ciptaan tempatan atau sendiri dan lagu pilihan dalam bahasa Malaysia yang akan digubah mengikut genre muzik / tema yang akan ditetapkan oleh pihak penerbitan bagi Suku & Separuh Akhir.
 
Bagi peringkat akhir, lagu wajib adalah lagu baharu yang belum dirakamkan dalam bahasa malaysia, tidak kurang daripada 3 minit. Manakala, lagu pilihan pula adalah lagu Bahasa Malaysia ciptaan tempatan (durasi 7 minit), kumpulan wajib mematuhi tarikh tutup penghantaran lagu kepada penerbitan mengikut tarikh yang akan ditetapkan selain RTM mempunyai budi bicara untuk meminda atau menggubah mana – mana terma dan syarat pertandingan pada bila – bila yang difikirkan sesuai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Ke Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti

IZ OIAM Berjaya Ke Konsert Jelajah Promosi Filem Antarabangsa