Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya



Konsert BDB menampilkan Jay Jay dan Rahim Othman bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Budiey Blog
Istana Budaya dan Boxoffice Malaysia dengan bangganya mempersembahkan Konsert Black Dog Bone menampilkan Jay Jay dan Rahim Othman bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 8, 9 dan 10 Mei ini.
 
Lagenda Black Dog Bone tidak memerlukan mukadimah yang  panjang untuk diperkenakan kepada umum. Mei ini kumpulan hebat ini akan tampil dalam satu konsert khas yang akan diadakan di Istana Budaya bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Kredit buat Boxoffice Malaysia yang berjaya menjadikan konsert yang dikenali sebagai Konsert Black Dog Bone menampilkan Jay Jay dan Rahim Othman bersama Orkestra Simfoni kebangsaan ini untuk bergabung semula dan melakukan satu konsert terbesar yang belum pernah diadakan sebelum ini.

Kehangatan konsert ini pasti dapat dirasai apatahlagi dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah bawah kendalian konduktor tersohor Mustafa Fuzer Nawi. BDB akan menyampaikan lebih kurang 25-30 buah lagu-lagu hits mereka di sepanjang persembahan yang dijangka akan berlangsung selama 2 jam.

Pelbagai variasi persembahan telah dirancang untuk menjadikan konsert ini satu pengalaman hebat bagi anda yang datang menonton konsert ini. Penampilan istimewa Jay Jay sudah tentu menghangatkan lagi konsert ini. Apatah lagi dengan kemunculan Rahim Othman sudah pasti memberikan impak yang menarik untuk para penonton yang akan menyaksikan konsert kumpulan yang hebat ini.

Elemen-elemen retro akan disuntik di dalam konset ini bagi mengembalikan semula memori kegemilangan BDB. Beberapa karya tarian akan dikoreografi oleh koreografer dan penari dari Istana Budaya. Ada gimik yang pastinya menggemparkan telah dirancangkan oleh Penerbit konsert. Semuanya akan terbongkar jika anda datang menonton konsert ini nanti.

Pasukan produksi yang akan menangani konsert ini pula adalah tenaga-tenaga kerja Istana Budaya dan Boxoffice Malaysia yang profesional dan berpengalaman di bawah kemudi En Ali Bakar, satu nama dengan satu reputasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Untuk rekod, Ali Bakar baru sahaja selesai menerbit dan mengarahkan Konsert Alam Muzik M.Nasir yang begitu sukses.

Bayangkan, 40 – 50 orang pemuzik orchestra digabungkan dengan dua buah kumpulan lagenda Black Dog Bone di atas satu pentas?? Pasti, Satu Lagi Temasya Gemilang Akan Terlakar?

Tags: ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Konsert D’Lloyd Semalam di Malaysia
  • Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya



  • Satu Komen untuk entri “Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya”

    1. eureka kata:

      Memang best, i was there last night cukup menghiburkan ….semua orang macam tak nak balik.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK