Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





I PROPOSE Ungkap Cinta di Udara 8TV

I PROPOSE
Cinta berputik di udara… Bagaimana si dia akan melamar?

Setiap impian wanita adalah untuk mendengar temannya mengucapkan empat perkataan yang indah itu. Empat perkataan tersebut akan mengubah kehidupan mereka seumur hidup…Apakah perkataan itu?  Sudah tentu

“Sudikah anda mengahwini saya?”

Romantiknya bulan ini, 8TV membawakan cinta di ruang tamu anda dengan menyiarkan I Propose, setiap Selasa pada pukul 11.45 malam.

I Propose akan mengemukakan 18 episod yang romantik tentang bakal pengantin lelaki, membuat rancangan tentang bila dan bagaimana lamaran yang sempurna kepada wanita yang paling disayangi.

“Bukankah semua orang amat mengingini lamaran perkahwinan yang sempurna bak cerita dongeng? Setiap wanita menginginkan lamaran perkahwinan yang paling romantik dan setiap jejaka akan teringin membuat lamaran dengan cara yang paling sempurna,” komen Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Jika anda sedang memikirkan idea untuk lamaran perkahwinan yang sempurna, I Propose merupakan siri yang sesuai untuk anda,” tambahnya.

I Propose membawakan penonton menjejakkan kaki ke dunia wanita yang asyik menantikan teman lelaki mereka untuk mengucapkan soalan tersebut dan bakal pengantin lelaki yang sibuk merancang dan menghasilkan idea yang romantik yang akan mempesonakan teman wanitanya.

Selain daipada itu, I Propose juga akan mengikuti bakal pengantin lelaki yang sedang menghadapi proses memikat hati bakal pengantinnya dan sedang mencari saat yang sempurna untuk melamar.

Adakah anda berminat untuk mempelajari beberapa tips untuk memikat hati wanita impian anda? Saksikan I Propose di 8TV yang disiarkan di skrin televisyen anda setiap Selasa pada pukul 11.45 malam.  8TV juga disiarkan di Astro saluran 708.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • ESTANI, BERGERAK SEIRING TEKNOLOGI DI KLASIK NASIONAL
  • Senarai Tajuk Lagu dalam Album Terbaru Kontemporari Tradisional Dato’ Siti Nurhaliza
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Lirik Menanti Kekasih - Song & Soundtrack Diva
  • Sinopsis Drama Ali Din
  • Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Review Finalis Top 24 Project Superstar 3 di 8TV
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali



  • 2 Komen untuk entri “I PROPOSE Ungkap Cinta di Udara 8TV”

    1. abby kata:

      best la citer ni

    2. Ntahapeapejer! kata:

      best ke? ape yang besh nyer??

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK