in , ,

Gambar Terbaru Linda Onn di Sidang Media Cicakman 2

Bertemu dengan Linda Onn semalam di Sidang Media Cicakman 2 di Planet Hollywood, terimbas kenangan masa Budiey berborak dengan dia dan xbfnya, Fahrin di Restoran Nasi Ayamnya seketika dulu. Oh! Kenangan itu masih utuh kemas dalam hati ini. Lama tak bersemuka dengan Linda, dia kelihatan mesra dan ceria di depan media.

“Dah ada boy friend baru ke?” Lagi-lagi soalan ini disua untuk mengorek bahan sensasi. Tapi sah-sahlah soalan hanya tinggal soalan. Tanpa jawaban.

“Amboi, soalan… ni terus diupdate dalam blog ke?” Linda mengangkat kening. Senyum Linda manis menguntum seri. Raut wajahnya masih lagi macam dulu, slim molim lagi dia. Mungkin terkejut dengan soalan peribadi, ditwistnya untuk lari dari topik.

“Taklah, ni Budiey tengah bukak Facebook je ni… hahaha.” Biasanya inilah ayat klise setiap kali disapa oleh artis bila melihat Budiey mengadap notebook di mana-mana event.

“Manalah tau, dah ada pengganti, kan?”

Di sidang media yang begitu ceria semalam, ramai juga pelakon yang datang. Tapi Budiey sikit terkilan dengan sikap pelakon utama filem Cicakman 2 ini, siapa lagi kalau bukan Apek. Katanya, Saiful Apek tak datang sebab ada hal. Mana boleh ada hal? Nak kata filem Syyy, Dia Datang… filem tu dah habis shooting pun. Kalau ye pun datang la sekejap untuk bertemu dengan media. Dengar cerita, dari dulu lagi Saiful Apek memang ada masalah disiplin.

Oh ya baru ingat, masa sidang media filem Syy Dia Datang di Hotel Coronade minggu lepas pun, Saiful Apek tidak hadir.

Seorang lagi pelakon Cicakman 2 yang tak hadir… Fasha Sandha. Dengar cerita, Gegirl pun banyak sangat kerjanya. Sampai tak cukup tangan. Walaupun dah diboikot wartawan pun, masih punya banyak job. Wow! Tahniahlah Gegirl. Gua respek sama lu lah. Masa sidang media Sutera Maya di Restoran Rebung tempohari, Fasha ada cakap:

“Kalau I dapat coverage meluas dari media, cerita pasal I berpuluh-puluh muka surat pun, tapi kalau i tak de job pun, buat apa? Tak guna jugak.”

Nampaknya ego Fasha masih bertapak kemas di lubuk hatinya. Oh Fashaku sayang, tidakkah media itu memainkan peranan dalam membangunkan empayar dan memperbanyakkan harta awak?

Lagi cerita pasal Fasha, Budiey dengar cerita dari pengarah-pengarah… yang sekarang ini mereka terpaksa menyusun kembali plan dan strategi promosi tanpa kehadiran Fasha. Apakah ini bermakna, Fasha mungkin akan tidak lagi diperlukan dalam rangka promosi? Atau sekarang ini produksi sedang berjaga-jaga untuk ‘kehilangan’ Fasha dalam masa terdekat? Oh tidak, Fasha!

Dalam hidup kita ni, perlu rasa bertanggungjawab dan berhati-hati dengan apa yang kita cakap, kekadang apa yang kita cakap itu akan memakan diri sendiri. So, lu fikirlah sendiri!

Oh satu lagi, Budiey dah tengok trailer Cicakman 2. Gempak giler! Nak kata setaraf dengan Batman atau Superman tu… mmmm… sikit lagi nak sampai ke situ. Wow! Tahniah aje lah buat KRU! Memang suntikan Hollywood untuk filem Malaywood dah nampak bisanya!

2797494377 7B00Af6138 | 42797493279 D174A6B6D3 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I PROPOSE Ungkap Cinta di Udara 8TV

Teaser Filem Syirik Untuk Pembaca Sensasi Selebriti