Gandingan Sein Ruffedge & Lisa Surihani Dalam Adamaya Menjadi
43Budiey rasa ramai pembaca yang dah tonton drama terbaru yang mengisi Slot Akasia di TV3, drama berjudul Adamaya. Budiey juga ada menerima pendapat daripada pembaca. Ada yang kata gandingan Sein dan Lisa Surihani tak berapa nak serasi. Ada juga yang kata, kolaborasi mereka memang menjadi.
Ketika Bertemu Lisa Surihani di Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Adamaya pada 15 April lalu.
Temubual Budiey Bersama Hussien Ruffedge yang memegang watak Adam:
Temubual bersama Zalfie yang memegang watak Mika, kawan kepada Dani:
Apa-apa pun pendapat anda, memang Budiey dapat terima. Lain padang lain lalang. Lain orang lain pandangan. Mungkin juga ada yang membandingkan Hussien dengan pelakon yang membintangi filem I’m Not Single. Bagi Budiey sendiri, keserasian lakonan Lisa Surihani & Hussien memang ada. Lakonan mereka nampak natural. Sebab kalau nak tahu, drama ini ada lanjutan dan adaptasi daripada filem tersebut. Sekiranya kita tahu watak dan karakter pelakon dalam drama ni, kita pasti akan dapat menerima karakter-karakter sedemikian.
Cuma kali ini, ada pertukaran pelakon di mana watak untuk Adam diberikan kepada Sein dan juga watak untuk Dani yang dulunya dipegang oleh Awal Ashaari digalas oleh Faizal Yusup. Oh ya, Budiey nak ucap takziah kepada Faizal Yusup atas kehilangan neneknya dua hari yang lalu.

Berbalik pada drama terbitan MIG Production Sdn Bhd ni, sebenarnya drama moden ini turut menggandingkan beberapa lagi pelakon seperti Diana Amir, Dian P. Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizuddin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.
Semalam, (15 April 2010) pada jam 3 petang, TV3 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra dengan Para Pelakon Drama Adamaya dan juga Drama Sayang Cendana.
Jadi, ramai jugalah pelakon yang hadir. Drama 23 episod ini adalah hasil nukilan Feroz Kader dan skrip pula oleh Zarihah Hassan.
Promo TV – Slot Akasia
Sinopsis Adamaya
Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Kalau diselami betul-betul, ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton iaitu TV3 mahu menyerap nilai kesedaran yang tinggi dan betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu.
Ini terjadi sebab ikatan cinta antara suami isteri itu sangat rapuh. Maka berlakulah pengkhianatan, perpisahan dan perceraian berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussien) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani), Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Sambungan daripada kisah perkahwinan mereka yang kini ditayangkan. Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak bernama Amani (Mia Sara).
Dani lakonan Faizal Yusup pula telah berkahwin dengan Jasmin dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Ada mla berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
Untuk kesudahan cerita, korang kena tonton drama Adamaya di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.
















Alahaiiii cintanya aku ngan drama ini…sanagt best tau… citer yang ringan, sangat sesuai di tonton ketika penat balik keja dgn kepenatan yang melanda kepala…hihi
mungkin masa permulaan drama jew penonton rasa macam tak serasi sbb lebih awal kita tgk farid kamil bergandingan dgn lisa. anyway, bagi angah memang best lakonan selamba sein & lisa.
begitu juga faisal yusup berlakun lebih giler dari awal. setakat nieh angah blum miss lagi… satu2 drama yang bley release tension…
ok gak citer nye tak terlalu berat..hari2 aku dok tengok
alahai sweet nye la dorg dlm gmbo2 kt ats nie.. ;D
sape kate gndingn mereke x mnjd? sein rupenye sgt pndai b’lakon..mne ade kaku..hihi..aku ske sifat adam dlm adamaya..hihi..nyway dorg nie very sweet+cute togeder2 sbgai psngn dlm cte adamaya..
cnte btl aku ngn cte nie..hehehh
waah.. love this drama soo much.. sein and lisa sangat sesuai di gandingkan bersama.. <3
gandingan sein & lisa mmg best..
drama nie pun best..mmg xpernah miss lg tgk..
tahniah MIG..
citer ni sgt best. the only malay drama i love, apart from nur kasih.
sein terbaek!
adam dalam ni lg best than adam in Im Not Single sbb adam ni lagi loving and matured, best husband material
sein ni mmg selambe..best lakonan dia
siapa kata lakonan sein tak best tu agaknye mata korang juling …hihi gurau je ek kengkawan. mmg syok la drama ni
hai cair aq tgok cite nie,
gandingan yg mantap !
ske tgok diowang d’gndingkn dlm ‘cite nie’ ..
huhuhu ,
suka tgk cerita ni, tak berat, ada kelakar, harap2 ending best, jgn jadi ending na o mei sudahlah
Citer ni mmg best….bley release tension tatkala aku balik dari opis! Tahniah pada para pelakon dgn krew2 yg terlibat sama….
citer nie mmng best gilerr…
mmng dpt mengambil hati penonton arh…
wlaupn aku xpnah miss citer ni..,weken cnfrm aku catch up kat tv3..
cite ni best..
xde bunuh2 mcm naomei…
em..btl..best giler drama ni..em..gandingan yang mantap..emm..arap mereka sentiasa d gandingkan d lain drama d tv3 lagi d lain masa..k…gud luck..;p
Best giler lah citer ni..rugi sape x tengok…pelakon utama pun cantik n hsem..apa2 pun jalan citer yg mnarik…suka lakonan Lisa surihani,apa jua watak dia sesuai…caya lah..
best giler citer ni…. sape kate sein x pandai belakon…mantap beb lakonan dia…..terigat lak adam dlm ‘nur kasih’
yup….i just love it…
thumbs Up!!!!!
klulaa diorg bdua nie ada jodoh..kan padan…tpi apakan daya…
neway, luv this drama….penat2 balik keje pn i gagahkan diri jgk smata2 nk tgk lisa n sean, sgt pdn laa…
mmg best sgt100x…gandingan yg sgt padan n serasi..sweet+cute..very entertaining..2 thumbs up..tk sangka adam(sein) pandai blakon..mcm ada aura..loving n matured husband..very sweet..harap2 ramai lah kaum lelaki mcm adam ni ye..
Congrats to ALL..
aku xmiss lg citer ni tau…mmg best giler!!!
War support whatever u al komen. Drama yg superb, very best of the best in drama akasia. War jrg tgk akasia tp tah mcmne boleh addicted ngn adamaya nih. Blm mis lg all ep.
best giler citer ADAMAYA ni..aku tak ketinggalan nontonnya..best nyer lakonan Kak Lisa Surihani..suka laa..100% the tops…lakonan Sein selamba tapi perfect..i like it..cuma aku kurang suka watak Dani(pentingkan diri)…tapi ADAMAYA tetap best selagi ada Kak Lisa..Good luck Kak Lisa..
sesgt la bez,,,,
hrp paz nie da director yg akn gandigkn diowg ag…
tahniah pada ahmad idham.. sebuah drama yg dinantikan…
ini mmbuktikan actor malaysia still ada…n the bez between indon yg hampeh…
huhu…eppy2
sein,lisa n mia sara…perfect!…=D
mmg bes cter nie.. hero n heroin mnjd…
aq rse klau last maya nan dani………….kene maki jewh r cter nie………………
apep0wn cter nie mmg best….gler………..sweet sgt2
betul klu lah ade adam sbnar wujud, dgn anak yg comel mcm amani…aku rase aku lah wanita paling bahagia kat dunia ni.:) tp asben aku pun, comel n loving gak.hehe. Budiey, thanx ea bg information.
adamaya memng best.syok tengok lisa ngan sein
Lisa ngan sein memang padan la.. Tpi aku benci tngk dani dlm cite nie
waaaa…cte nieyh mmg bez gle r….adam dlm adamaya lg bez dr akoo bkn boojang…sein sgt hebat….lisa jga sgt cute….amani so sweet….x ska dani!!!ei nyampah….
wah..aku jrg tgk drama melayu kat tv esp waktu ptg..maklumlah slalu lmbt balik keja..but really drama ni membuka mata…wow..wat can i say..fantastic..jln cerita best..sein & lisa gandingan yg amat sesuai…more drama like this pls..
lisa ngan sein memang gandingan yg best…sein sgt selamba and lisa sgt comel…suka sgt cite ni…entertaining…tahniah kepada sein dan lisa coz perform baik dlm cite ni…
hah?? 23 episod jakkk?? arini suda episod 21.. sok 22 lusa 23!! waaaaaaa… napa nda buat pnjg2 lagi crita ne… touching crita ne..
apa2 pn semua pelakon hebat2…
p/s : rupanya pelakon asal dani tu awal arh? mmg berangan-angan mau tgk awal blakon ngan lisa
hehehe..
k0rang nak tany ah sapa nama sebenar c sara tu ek best frenz maya tu…
kan best kalo dyeorg btol2 bersame..same cntik same padan..huhu..bes gile crite nih..nak nangis sbb crite da habis..adam+maya+amani yang cute..
*hope dpt jodh mcm adam jugak..kui3..
salam, minta izin gune gambar di sini. harap tak keberatan.
cite nie mmg best….watak adam mmg mencairkan hati mana2 wanita …..ia menunjukkan bahawa percintaan sebelum ikatan sah tidak menjanjikan kebahagiaan sebaliknya perkahwinan yang menjamin kepada kebahagiaan dunia dan akhirat….janji Allah itu pasti….
best weh cite ni..suke tgk sein n lisa..sesuai sgt…lagi2 mia sara 2..comel sgt2…ak keje pon selalu blik awl cos nk tgk cite ni..hihi…xprnh miss..
lakonan lisa mantap dan cantik…best
cite nie mmang best gler
utk aku, inilah yg trbest malay drama ever!..slalu tngo cite drma korea/jepun/english…kisah cinta sjati..i like lovestory,hapy ending!mengyat hati…!…prefect match hero n heroin..sama2 cantik sama2 hensem..hehe