in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Clash of The Titans

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem yang penuh dengan aksi mendebarkan, Clash of The Titans bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Clash of The Titans.

Clash of The Titans adalah filem aksi hebat lakonan Sam Worthington, Liam Neesan, Izabella Miko dan ramai lagi.

Bila? Hari Ahad ini, 18 April 2010, Jam 11.45 pagi

Waktu Tayangan: 12:10 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam TGV Suria KLCC, Tingkat 3, Suria KLCC

Kategori: PG13

Runtime: 110 minit

Kepada pembaca yang join, Budiey akan menghadiahkan hadiah-hadiah GOODIE BAG yang berisi dengan macam-macam hadiah. 2 orang pembaca bertuah berpeluang memenangi poster Clash of The Titans limited edition.

Semuanya menanti untuk korang~!

4186362829 18D1F48B64 | 3

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada 301679630 Fab825Bb6D O | 4
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Jom tonton trailer filem Clash of The Titans:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Kasut Faizal Tahir

Gandingan Sein Ruffedge & Lisa Surihani Dalam Adamaya Menjadi