in

Program Titik Sentuhan di RTM

RTM PERKENAL PROGRAM TITIK SENTUHAN…TERUS BERTINDAK UNTUK BERKONGSI MENYELESAIKAN MASALAH ORANG RAMAI

RTM sentiasa prihatin dengan masalah dan keluhan yang membelenggu masyarakat terutama melibatkan sesuatu isu yang sepatutnya mendapat perhatian dan penyelesaian segera. Terpanggil dengan rasa tanggungjawab untuk menjadi ‘orang tengah’ mencari jalan penyesaian, RTM menerbitkan sebuah program baru yang memaparkan realiti, bertujuan menyampaikan aduan dan permasalahan yang di hadapi rakyat di seluruh Malaysia dan juga bertindak mendapatkan jawapan atau penyelesaian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

4524606349 40A0783999 O | 3

Program Titik Sentuhan…Terus Bertindak yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV1 ini ternyata amat bersesuaian dengan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan selain menjadi pemudah cara kepada masyarakat dalam usaha memenuhi hasrat dan keperluan rakyat, khususnya dalam usahah merakyatkan RTM itu sendiri.

Apatahlagi program ini juga turut bertindak mendapatkan ulasan atau jawapan daripada wakil rakyat, pihak yang bertanggungjawab dan sebagainya dalam memastikan janji mereka terhadap rakyat ditunaikan.

Program bersiaran setengah jam ini menampilkan lima pengacara Daud Abdullah, Awaluddin Derani, Syah Hairizal Kamalul Ariffin, Zamzuri Mohd Jamil dan juga Normardiana Kamaluddin yang ‘turun padang’ sendiri berkongsi perasaan dengan orang ramai yang mengalami permasalahan setempat yang ingin diselesaikan dengan pihak bertanggungjawab.

Antara segmen-segmen menarik yang diperkenalkan merangkumi Realiti Atau Impian, Keluhan dan Rintihan, Kami Prihatin, Janji YB dan Realiti Bukan Impian yang kesemuanya menyumbang kepada penyelesaian permasalahan dan isu yang timbul apabila keluhan dan rintihan masyarakat dapat didengari dan dikongsi sendiri bersama wakil rakyat kawasan mereka.

4525236064 Ed8214Df01 O | 4

Isu yang bakal diketengahkan pada 18 April 2010 ini berkongsi keluhan penduduk Islam di Batu Tiga, Shah Alam tentang tanah kubur mereka yang diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tidak sepatutnya berlaku. Justeru bagi mencari jalan penyesaiannya, pengacara program ini bakal menemubual YB. Roziah Ismail (Adun Batu 3, Shah Alam) untuk menerangkan apakah tindakan yang diambil pihak berkuasa demi memastikan isu itu diselesaikan sebaik mungkin.

Juga menariknya turut terpanggil bagi menyingkap keluhan nelayan di Pontian dan KUKUP yang semakin terhimpit dan sumber pendapatan yang kian berkurangan akibat kerasukan pembangunan dan kapal-kapal besar yang menceroboh kawasan tangkapan hasil laut nelayan setempat.

Program yang diterbitkan oleh Hartini Haris ini terdahulu menerusi siaran pengenalannya pada 11 April lalu, program ini cuba mengangkat isu Pampasan Tanah Adat Projek Laluan Keretapi Berkembar Elektrik Seremban – Gemas Khusus di Chembong yang mengundang YB. Tuan Zaiful Bahari Alias (Adun Chembong, Rembau, Negeri Sembilan).

Sebagai warga negara yang prihatin, pastikan anda meluangkan masa mengetahui isu serta permasalahan setempat termasuklah di kawasan anda dengan menjadi penonton setia program Titik Sentuhan…Terus Bertindak yang disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV1.

4525236182 2C570C0498 O | 5

4524606793 0Ffdeca66C O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gandingan Sein Ruffedge & Lisa Surihani Dalam Adamaya Menjadi

Gossip: Ketiak Pelakon Berbau Semerbak