• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Wedding Darling Nasreen Ngasri Kahwin

10
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin · Darling Nasreen Ngasri
  • — 31 May, 2009

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru kepada pelakon Gadis Cuci, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri. Semoga bahagia dan hubungan suci ini kekal sehingga ke akhir hayat. Juga… selamat hari jadi! Semoga terus sukses, Nasreen!

KUALA LUMPUR: Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun. Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari esok (31 Mei).

“Memang kami merancang untuk adakan majlis ini pada musim cuti persekolahan. Secara kebetulan pula tarikh yang dipilih ini berdekatan dengan hari lahir saya dan bapa. Malah, saya rasa gembira sangat dinikahkan sendiri oleh bapa. Apapun, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar. Dan sekarang nampaknya saya sudah bergelar isteri. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan kami kahwin terlalu cepat, tapi saya lebih senang katakan ini adalah jodoh. Kami dapat rasa keserasian antara kami. Malah, Azlin pun rasa dengan usianya sekarang memang dia sudah bersedia untuk berkahwin. Cuma sekarang saya akui, tanggungjawab yang perlu saya pikul lebih besar. Mungkin akan mengambil masa sedikit untuk saya dan suami sesuaikan diri dengan hidup baru ini,” kata Darling yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.

Majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi ‘hadiah’ istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini. Detik manis itu juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara terdekat dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Darling dan jejaka yang bertugas sebagai pegawai pemasaran itu telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Mac lalu setelah berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bercerita tentang perkenalan singkat yang akhirnya membuahkan perasaan cinta itu, dalam nada ceria Darling berkata, di peringkat awal dulu, Nur Azlin tidak tahu dirinya adalah seorang artis.

“Kami diperkenalkan oleh seorang kawan. Memang dia tidak kenal saya ni artis, lagipun tugasnya yang banyak memerlukan dia ‘travel’ membuatkan dia tidak terlalu mengikuti tentang industri ini. Selepas itu, dia banyak buat ‘research’ tentang saya di media dan internet. Dari situ dia tahu macam-macam tentang saya termasuklah cerita-cerita ‘panas’. Tetapi Alhamdulillah, dia dapat menerima saya walaupun dengan macam-macam cerita tentang saya. Bagi dia, semua orang akan ada sejarah masing-masing dan begitu juga dengannya. Dia sangat rasional,” kata Darling sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Nur Azlin berkata, ciri-ciri yang ada pada Darling berjaya menambat hatinya untuk melamar gadis itu sebagai isteri.

“Dia ni baik, memahami dan tidak mudah melenting. Darling juga seorang yang amat mengambil berat. Tetapi saya akui, pada awalnya saya tidak perasan dia adalah seorang artis. Saya kenal adiknya saja, Anne, sebab pernah menonton lakonannya di dalam drama Dunia Baru, tetapi saya memang tidak tahu Darling adalah pelakon. Itu pun sepupu saya yang beritahu dia adalah seorang artis,” ujarnya yang menambah, mereka hanya sering berbalas SMS di awal perkenalan dulu sebelum hubungan itu bertambah serius.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan ‘garden wedding’, manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan. [sumber]

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Foto Artisfoto nasreen ngasriGambar Wedding Darling

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story AESB Gilap Imej Bintang Akademi Fantasia
  • Next story Mogwai Wuz Hear di 8TV

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Kahwin Kris Dayanti Raul Lemos 20 Mar, 2011
  • Kad Jemputan Majlis Nikah & Persandingan Shera Aiyob & Zahiril Adzim 19 Nov, 2011
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila 23 May, 2009
  • Siti Fazurina Tidak Kahwin di Siam Keluarga Tidak Izin Bertemu Ibu 25 Dec, 2012

10 Comments

  1. zaa_ikram says:
    Sunday, May 31, 2009 at 7:51 pm

    alhamdulillah..akhirnya..Tahniah..moga bahgia hendakNya..

  2. zety_jb says:
    Sunday, May 31, 2009 at 8:56 pm

    alhamdulillah..
    akhirnya darling selamat diijab kabulkn..!!
    smoga kekal hingga akhir hayat.!!
    amin…

  3. syazleen says:
    Sunday, May 31, 2009 at 10:03 pm

    Kenapa muka darling nampak gelap…?

    Samada ini kerja juruandam yang tak pro atau jurugambar yang tak pro…

    Muka darling jadi pelik…..Huhuhuhu………

  4. Reena Shah says:
    Monday, June 1, 2009 at 11:24 am

    lighting yang tak pro. anyway congrats to darling n spouse. hope u get thru the hordes in ur married life.

  5. ........ says:
    Monday, June 1, 2009 at 3:47 pm

    ~Gambar Wedding Darling Nasreen Ngasri Kahwin~

    sumthing wrong sumwhere…

  6. akulah says:
    Monday, June 1, 2009 at 10:11 pm

    ..Hrp2 berkekalan hndaknya…..selamat menempuh alam baru yg penuh cabaran & dugaan ni….

  7. Nuranie says:
    Tuesday, June 2, 2009 at 1:59 pm

    Alhamdulillah..

    Selamat Pengantin Baru dan Selamat Hari Lahir juga..
    Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

  8. najwa says:
    Wednesday, June 3, 2009 at 12:29 pm

    yer lo…cm pelik jerk muke darling…

  9. pucung karau says:
    Sunday, May 23, 2010 at 4:52 pm

    tak tutup aurat ke

  10. kesan_sampingan73 says:
    Friday, March 18, 2011 at 12:26 am

    Ok la tu…takde apa yg peliknya…kenapa orang malaysia suka sangat komen, kenapa macam tu kenapa macam ni….banyak sangat kenapa….asyik nampak yang negetif saja..menyampah lah perangai mcm tu…mcm ada busuk hati…penyakit jiwa yg tidak mempunyai kesudahan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah
    • Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya
    • Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Tukang Kasut on:SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • mapKL on:Nissan Fashionably KL di Festival Seni MapKL 2013 Publika
    • nora on:Senarai Menteri Kabinet Baru Penggal 2013-2018 Malaysia
    • zumirahzumizah on:Tangan Syafie Naswip Cedera Ditendang Pelakon Muda
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah
    • Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya
    • Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • Teknik Free Running Telemovie Khas Hari Guru Loncat Di TVi
    • Drama Cikgu Imah Salimah & Penggulungan Sempena Hari Guru
    • The Phat Fabes & Ben Show Rancangan Radio Kini di Kaca TV
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.