in

Mogwai Wuz Hear di 8TV

Mogwai wuz hear!

Tarikh Siaran: 31 Mei 2009
Masa : Sunday, 11.00pm

3580137069 7Bb73E780F O | 3

Perhatian peminat-peminat Mogwai! Adakah anda merasa keinginan untuk kembali ke detik dan saat-saat gembira semasa anda berada di konsert Mogwai atau mungkinkah anda tidak berpeluang untuk menghadiri konsert tersebut?

Janganlah anda risau kerana 8TV akan mengubahkan perasaan anda! Pada 31 Mei yang akan datang tepat pukul 11.00malam, jangan bergerak dari kaca TV anda, nikmatilah dan tontoni Mogwai Wuz Hear hanya di 8TV!

“Ini adalah khas untuk semua peminat Mogwai di luar sana! Saya yakin anda semua tidak puas menikmati kumpulan tersebut ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Ini adalah dokumentari yang memaparkan saat-saat mereka di Kuala Lumpur,” kata Pengurus Besar 8TV, Ms Lam Swee Kim.

Mogwai ialah sebuah kumpulan yang berasal daripada Glasgow, Scotland. Mereka ditubuhkan oleh Stuart Braithwaite dan Dominic Aitchison pada tahun 1995. Sejak itu, Mogwai terus berkembang menjadi sebuah kumpulan yang paling berpengaruh dan paling terkenal dalam genre post-rock.

Mogwai telah berada di Kuala Lumpur untuk pertama kali pada 21 Januari 2009 dan telah beraksi di KL Convention Centre.

Mogwai Wuz Hear ialah sebuah rancangan 30 minit berupakan rock-dokumentari eksklusif di 8TV. Rancangan ini memaparkan secara luas dan mengikuti lawatan pertama kumpulan dari Scotland itu ke Kuala Lumpur, sempena Mogwai Asian Tour 2009.

Plot rancangan ini berkembang apabila saat konsert Mogwai Live in Malaysia yang ditunggu-tunggu disiarkan dan menampilkan 8 daripada 14 lagu, di antaranya Batcat, Hunted by a Freak dan I Know You Are,dan but What am I?

Sebagai pelancong, lawatan ke Batu Caves termasuk di dalam jadual sambil kumpulan perintis post-rock itu mengambil masa untuk menceritakan tentang sejarah kumpulan mereka. Secara keseluruhan, turut dari saat jejaka-jejaka ini mendarat di Malaysia, ke ikutan secara meluas di belakang tabir konsert kumpulan ini, Mogwai Wuz Hear menjanjikan satu masa yang seronok dan menghiburkan!

Tontoni Mogwai Wuz Hear eksklusif  di 8TV, 31 Mei 2009, pada jam 11.00 malam.  8TV juga disiarkan di Astro Channel 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari  HYPERLINK “http://www.mobile.8tv.com.my” www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

3580947948 D713Ba6C5E O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Darling Nasreen Ngasri Kahwin

Profile Nas-T