Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine
Memang kena dengan singlet yang dipakai oleh anak kepada rockers, Amy Search ini. PLAY HARD… (main kuat), tapi selain Nabila Huda kuat main (bersenam), Nabila juga kuat bekerja (WORK HARD).
Ini terbukti, masa Nabila Huda mengandungkan anak sulungnya ini, Nabila tak penat untuk berlakon. Tawaran berlakon selalu ada walaupun dah tahu perut Nabila akan membesar. Jadi, kalau ada watak ibu muda mengandung, haaa… Nabila lah orang yang sesuai.
Masa Nabila Huda tengah sarat mengandung ni, dia ada menerima tawaran untuk membawa watak seorang gadis bernama Camelia dalam drama bersiri, NA O ME.
Untuk info pembaca semua, drama Na O Me ini dah menemui penonton mulai 19 Januari 2010 lalu untuk menggantikan drama Cinta Balqis untuk Slot Akasia. Budiey dok tengah bayang, macamana la Nabila Huda ni sorok perut dia yang membonyot dalam drama ni. Mesti pakai baju besar-besar semuanya.
Ceritanya lebih kurang macam ni… si Camelia ni (Nabila Huda) menjadi orang ketiga dalam hubungan teman tapi mesra Na O Me (lakonan Elly Mazlein) dan Reza (Ady Putra). Watak Camelia ni agak ‘wild’ sikit sebab ciri-ciri kewanitaan dalam dirinya kurang sikit. Tapi tengok pada sedutan drama ni semalam, Nabila Huda memang berjaya membawa watak Camelia ni dengan baik sekali. Penuh penghayatan, orang kata.
Nabila kata, dia seronok giler dapat berlakon dengan semua bintang-bintang drama. Sebab dalam drama arahan Fairuz Loy ni semua pelakonnya adalah terdiri dari bintang ternama seperti Ady Putra, Iqram Dinzly, Raja Farah, Ryzal Jaafar, Jasmin Hamid, Zafrul, Anne Abdullah, Rozie Othman, Anne Ngasri, Fauzi Nawawi, Syed Ali dan ramai lagi.
Yang mengujakan Nabila, drama ni memaparkan scene-scene di bawah dasar laut. Jangan tak percaya, Nabila Huda ni dah ada lesen menyelam, sebab hari tu dia ada cakap kat Budiey dia minat sangat menyelam dan bila dah ambil lesen menyelam, senang sikit nak berlakon untuk scene-scene dalam air.
Jadi, jangan lupa tonton drama 44 episod, Na O Me setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Akasia.





Tags: Nabila Huda
Tags: Nabila HudaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 27th, 2010 at 8:16 am
mcm lain je pelakon drama ni….
January 27th, 2010 at 9:42 am
wow!! nice…thumbs up!!!! tak hipokrit…
January 27th, 2010 at 10:37 am
bukan elly mazlein la pegang watak na-o-mei tp puteri sarah kan
January 27th, 2010 at 12:16 pm
BERLAKON TU BERLAKON LA JUGAK…REZEKI ANAK KAN..TP KESIHATAN TU KENA LA JAGA JUGAK…KADANG2 PERANGAI NABILA NI AKU TK BERKENAN, TP DIA NI TK HIPOKRIT CAM ARTIS LAIN..LA NI DAH NK JADI IBU, NABILA KENA LA UBAH JADI LEBIH MATANG YE..JANJI TK KACAU ORG DAN TK BUAT JAHAT DAH LE..
January 27th, 2010 at 12:40 pm
[...] Kepada yang berminat untuk melihat anak rockstar sejati dalam keadaan comel mengandung, Budiey ada sediakan gambar terbaru Nabila Huda. [...]
January 27th, 2010 at 6:51 pm
Hiiiiiiiiiiii………….sweet sgt…Hope hepi always,n hepi bakal jd mommy..
January 27th, 2010 at 10:03 pm
kalau tak mau komen2 yg sensitif,janganlah siarkan isu2 atau gambar2 yg PANASSS!!!
January 27th, 2010 at 11:53 pm
elly mazlin jadik na o mei bila dewasa…puteri sarah tu da jadik aisyah…
January 28th, 2010 at 1:35 pm
Nabila best…semoga sukses sokmo!
April 20th, 2010 at 11:19 am
GOOD LUCK NABILA…NAMA BAIK…TINGKAH LAKU PUN MAU BAIK PUNYA…SEMOGA DPT BABY COMEL,CUTE MCM MAMANYA…