in , ,

“Doakan Abil Juga Tau” – Nabila Huda Teringin Menimang Cahaya Mata Kedua

Nabila Huda yang turut menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua.

Nabila yang mesra disapa Abil meluahkan kerinduan itu di ruangan komen di Instagram pelakon Syatilla Melvin yang mengumumkan khabar gembira mengenai kehamilan ketiganya.

“Alhamdulillah. Seronoknya Tilla (panggilan Syatilla). Doakan Abil juga tau,”

– Nabila Huda

Nabila Huda meminta pelakon terbabit mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata. Komen yang ditinggalkan Nabila turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang sama-sama mendoakan agar pelakon itu dikurniakan anak kedua. 

Syatilla turut membalas komen itu dan percaya rezeki Nabila untuk hamil lagi akan dipermudahkan.

“Insya-Allah Abil. Moga ada rezeki Abil merasai lagi nanti. Amin,”

– Syatilla

Menerusi perkahwinan kedua Nabila bersama ahli perniagaan, Mohd Izwan Johar pada Disember 2015, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. 

Bagaimanapun, menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Rugi RM2,000 Selepas Cawangan Kedai Ayam Goreng Dipecah Masuk

Khairy Jamaluddin Diam-Diam Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang Jadi Viral