in , ,

Terbaiklah! Selebriti Popular Sokong Perniagaan Tempatan di Shopee Live

Nabila Huda dan Fara Nadiah Mempromosikan Jenama Buatan Tempatan kepada Jutaan Penonton

Selebriti tanah air menggunakan populariti mereka untuk menggalakkan jutaan rakyat Malaysia yang menonton strim langsung Shopee Live Skuad Stylo, bersiaran setiap jam 8 malam, menyokong perniagaan tempatan, dengan menunjukkan kualiti produk buatan tempatan dan turut memberi testimonial tentang bagaimana mereka menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian.

Nabila Huda (left) as guest appearance at the Shopee Live Stylo Squad last Tuesday

Antara selebriti popular adalah Nabila Huda yang merupakan pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) menerusi lakonannya dalam Makrifat Cinta dan Fara Nadiah yang menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi selain terkenal dengan filem Irama Kita.

Fara Nadiah explaining a beauty product usage to the viewers

Mereka antara barisan selebriti popular selain Sherry Alhadad dan Dato’ Seri Vida yang aktif mengajak peminat menyokong perniagaan tempatan sejak September lalu. Ini menjadikan Shopee Live Skuad Stylo meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 “Add to Cart” sejak mula bersiaran pada 5 September lalu.

“Produk buatan tempatan mempunyai rekaan yang cantik dan dihasilkan oleh bakat mahir tempatan,” kata Nabila ketika berganding dengan pengacara Zaiton Khalid dalam mengendalikan Shopee Live Skuad Stylo pada 26 September lalu. Pada strim langsung itu, Nabila turut mempergayakan tudung jenama tempatan Heejab dan Theselamah bagi menunjukan keselesaan dan kualiti kain kepada penonton.

Dato Seri Vida (kiri) is excited to start the Kotak Duit Misteri gameshow with host Sarancak.

Nabila yang mempunyai 3.1 juta peminat di media sosial turut berkongsi dia  membelanjakan antara RM300 hingga RM400 setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur dan barangan elektrik di Shopee. “Saya mendapati membeli barangan keperluan seperti beras dan jenama pasta kegemaran saya di Shopee lebih mudah daripada ke kedai fizikal,” katanya.

Sementara itu, Fara, yang cekal mencipta nama dalam industri seni sejak kecil memahami setiap penjual tempatan memerlukan platform tepat seperti strim langsung dan sedikit pendedahan untuk memperluaskan kecapaian perniagaan mereka. “Saya suka membeli-belah di dalam talian untuk barangan seperti kasut, aksesori, penjagaan kulit dan juga perabot. Saya dapati produk yang dijual di Shopee berkualiti tinggi,” katanya.

Sherry Alhadad (left) and  host Sarancak conducting the Kotak Duit Misteri gameshow

Ketika strim langsung pada 2 Oktober lalu yang dikendalikan bersama pengacara Sarancak (Sara Zulkifli), Fara turut menekankan kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan, seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora.  

Pelakon ini juga menyedari penjual wanita di Shopee membantu menaikkan wanita lain dalam komuniti mereka: “Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya suri rumah kerana mereka boleh menguruskan perniagaan sambil menjaga anak. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain,” kata Fara yang mempunyai 159,000 pengikut di Instagram.

Nabila Huda (left) explains to viewers about the head scarf

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Shopee menyasarkan untuk terus membawakan pengalaman membeli-belah terbaik yang bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna tetapi turut menghiburkan mereka sambil mengekalkan keterlibatan melalui konsep ‘shopping-tainment’ yang  memperkasakan penjual tempatan untuk berjaya dan berkembang dalam jangka masa panjang. Kami teruja melihat selebriti seperti Nabila Huda dan Fara Nadiah mengajak jutaan peminat di Shopee Live Skuad Stylo untuk menyokong jenama tempatan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghayati nilai produk Buatan Malaysia.”

Shopee mempunyai rekod prestasi dalam memperkasakan pencipta kandungan untuk mencapai keputusan yang cemerlang menerusi jualan strim langsung di platform tersebut. Penjual strim langsung Shopee terbaik di setiap negeri di Malaysia telah menjana jualan sebanyak RM4.6 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ELLY MAZLEIN

Rupanya Ini Sebab Kak Lina Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza

Afdlin Shauki Rasa Bahagia & Tenang Semula Lepas Dua Bulan Berkahwin