in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Perfume SimplySiti

Selepas keliru nak pilih wangian mana satu untuk dipasarkan, akhirnya pengasas SimplySiti memilih 3 jenis haruman iaitu Pure, Memoir & Precious untuk dipasarkan.

Budiey dah cuba ketiga-tiga haruman ini dan ternyata dalam banyak-banyak tu, Budiey suka dengan wangian Pure. Walaupun, kesemuanya wangian ini untuk perempuan, Budiey percaya ramai lelaki yang suka pakai Pure ni sebab haruman dia sesuai untuk semua jantina la Budiey rasa. Pendapat Budiey ni tak ada kena mengena atau bukan sebab Duta Wangian SimplySiti iaitu Khairul Fahmi atau Apek yang suka dengan Pure ni ya. (Rujuk pada iklan komersial TV).

Apa-apa pun, haruman Pure sangat sesuai dengan citarasa Budiey untuk jadi lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Yang penting, kesemua haruman ini ada keistimewaannya tersendiri di mana ia dapat maintain bentuk badan anda. Tak caya? Hahaha, kena cuba dulu ya, maintain ke tidhoook?

Apek mewakili wangian untuk Pure juga turut hadir di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum yang berlangsung dengan tema Masquerade Ball ini telah berlangsung di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur jam 8 malam tadi.

Tahniah buat SimplySiti atas ulangtahun yang ke-2. Budiey perhatikan SimplySiti semakin maju walaupun banyak sangat persaingan hebat di luar sana. Tahniah juga kerana telah berkembang dengan pesatnya sepanjang meniti usia di tahun kedua. Akan datang, SimplySiti akan mengeluarkan haruman eksklusif di mana harganya agak mahal sikit. Maklumlah, harumannya pun eksklusif. Dan berita baik untuk lelaki, SimplySiti akan mengeluarkan haruman untuk lelaki tak lama he lagi. Yang menariknya, haruman lelaki SimplySiti nanti akan dipilih sendiri oleh Datuk Khalid.

Dato Siti Nurhaliza menggayakan busana warna putih dan hitam kena dengan konsep Masquerade Ball yang direka khas oleh pereka Rizman Ruzaini.

Okaylah, Budiey tak nak cakap banyak. Kepada #budieyators yang tertunggu-tunggu gambar menarik Dato’ Siti Nurhaliza. Nah, kat bawah ini khusus untuk anda!

Untuk video pula, Budiey akan cuba upload satu persatu di Youtube ya. Sekejap je tadi, Budiey ada upload video Siti Nurhaliza berduet dengan wartawan terkenal dari Berita Harian, Farihad aka Bobo untuk lagu BIARLAH RAHSIA. Layan la lagu ni sambil tengok gambar-gambar bawah ni dulu ya:

Siti Nurhaliza Launch SimplySiti Perfume

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SimplySiti Lancar Tiga Wangian SimplySiti Eau De Parfum

Curves Malaysia 2nd Annual Food Drive Feeds Hungry