Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Sheila Majid Berduet Bersama Dewa 19



Pada 22 Disember 2007, Budiey berkesempatan untuk menonton konsert Dewa 19 yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Peminat ternyata tidak melepaskan peluang sehingga ruang stadium terasa sendat dan padat. Lebih 10 ribu telah membanjiri dan berkumpul untuk merasai gegaran muzik rock Dewa 19. Pada Budiey, yang istimewa konsert ini kerana menampilkan featuring artist yang berlainan genre muzik dengan Dewa 19 iaitu Sheila Majid dan Rabbani. Mulan Kwok tak termasuk ya… hehe.

Bercakap pasal tajuk di atas, rasanya inilah pertama kali mereka digandingkan dalam satu konsert mega. Hasil gandingan yang membuatkan Budiey rasa bangga sangat dengan Sheila Majid kerana beliau begitu humble dengan peminat-peminat Dewa 19. Siapa kata dua ikon dari dua negara serumpun dan dua genre berbeda boleh bergabung dalam satu dendangan muzik yang cukup seimbang dan memberangsangkan. 

Ahmad Dhani ada mengatakan bahawa Sheila Majid adalah penyanyi idola Dewa kerana sampai sekarang ini belum ada penyanyi yang boleh menandingi kehebatan suara Sheila. Wah, pujian melangit tu, beb! Mesti ada hadirin yang cakap dalam hati, mmm… walaupun Sheila Majid dah season dan sekarang pun dia dah low profile. Tak banyak lagi buat show sana-sini… tapi tengoklah penerimaan orang luar terhadap Sheila!

Sheila Majid yang juga turut merasa bangga kerana menjadi idola Mohd Dhani membuka gelanggang dengan sebuah lagu berjudul Emosi secara solo. Sebuah lagu kegemaran Ahmad Dhani yang disampaikan dalam komposisi muzik perlahan yang agak santai dengan diiringi alunan keyboard.

Saya cukup teruja dengan gandingan duet Sheila Majid bersama Ahmad Dhani dalam sebuah lagu Dewa iaitu Aku, Engkau & Dia. Pernah didendangkan oleh Adi dalam Konsert AF musim pertama. Ahmad Dhani bagi Budiey adalah superstar dalam Dewa 19 kerana kebolehan dan bakatnya dalam mencipta muzik yang begitu power giler! Tapi kecewa sangat sebab mutu audio konsert ada masalah sikit.

Kemudian, mikrofon berpindah kepada vokalis Once untuk bergabung suara bersama Sheila Majid dalam lagu Sinaran. Huhu, juga dibawa dalam genre muzik rock yang lebih segar. Budiey suka giler dan enjoy sangat! Loh! Gue enjoy tahap dewa nih deh! Kalian pula gimana sih?

[tags]gambar sheila majid, dewa 19. konsert dewa kl, gambar anak sheila majid, hos adi, Anak Sheila Majid, Khalefa Laila Murshim, lirik lagu dewa, lirik lagu sheila majid, mp3 download, muatturun ringtone terkini, e-torrent[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Konsert Jelajah Dewa 19 Duet Ella, Rabbani, Sheila Majid, Mulan
  • Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Temui Padi, Andra & The Backbone, Sheila On 7, Gigi, Dewa 19 di KL Sentral
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Sheila Majid Thrills Fans at Pavilion KL
  • Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu Sheila Majid Anuar Zain



  • 3 Komen untuk entri “Gambar Sheila Majid Berduet Bersama Dewa 19”

    1. SkyCrewz Network kata:

      gambar masa dieorg tgh cium takde ke budiey?

    2. imas kata:

      gambar yang tengok semua baik

    3. hee kata:

      sesuaila mreka bdua

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK