in , ,

Layan Konsert Dewa19, Nabil Ahmad Dikritik Netizen

Umum mengetahui semalam berlangsung penuh meriah konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.

Meskipun cuaca hujan namun seramai 8,000 penonton tetap setia berada di konsert untuk menyaksikan persembahan luar biasa kumpulan itu.

Ramai selebriti tidak ketinggalan ke konsert tersebut dan ada berkongsikan momen ketika berada di konsert termasuk pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang ke konsert berkenaan bersama isterinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil dilihat ada memuat naik video ketika berada di sana serta mengatakan konsert Dewa19 itu sangat menyeronokkan.

Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan kali ini pengacara MeleTOP itu tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini. Malah, ada yang mengusik Nabil kerana jika kali ini dia terlupa juga pasti akan ‘terduduk’ seperti sebelum ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Hari Tayang, Filem ABANG LONG FADIL 3 Berjaya Kutip RM10 Juta

Shuk Sahar Rindu Untuk Kembali Bekerja Sebagai Pelawak & Pengacara