in , ,

Persiapan Dewa 19 Untuk Konsert Reunion Live in Malaysia

Tinggal beberapa hari lagi band lagenda Indonesia, Dewa 19 bakal mempersembahkan rangkaian 30 lagu hits mereka sejak album debut yang dihasilkan pada 1992 menerusi Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia.

Sudah tentu Stadium Malawati Shah Alam selaku gelanggang gabungan magis itu akan meninggalkan impak tersendiri buat kumpulan terbabit dan pengikut tegar mereka, Baladewa. Seperti diluahkan Ahmad Dhani selaku pengasasnya, lebih 50 seleksi popular berada dalam senarai awal katalog yang mahu diperdengarkan hingga sukar untuk mereka membuat pilihan 30 lagu terbaik.

Persiapan Konsert Dewa 19

Persiapan Dewa 19 Nyanyi 30 Lagu di Konsert Reunion Live in Malaysia

“Binggung sebenarnya ketika membuat pilihan kerana semuanya disukai ramai. Kami mahu mereka yang datang nanti pulang bersama memori paling manis.

“Setiap dendangan mempunyai nilai sentimental bukan saja kepada kami malah Baladewa yang membesar bersama rangkaian lagu sejak buah tangan perdana lagi.

“Seboleh-bolehnya kami ingin membawakan semua lagu secara penuh, bukan medley demi kepuasan khalayak penonton supaya dapat menghayati setiap alunan,”

– Ahmad Dhani

Persembahan mega itu sememangnya dinantikan apabila menonjolkan gabungan keramat ketiga-tiga vokalis yang pernah bersama Dewa 19 membabitkan Dhani, Once dan Ari Lasso.

Persiapan Konsert Dewa 19

Dewa 19 Sedia Gegar Stadium Malawati

Kata Dhani lagi, seboleh-bolehnya mereka enggan pengikut tegar terlepas momen gemilang yang bakal tercipta nanti kerana ia mungkin menjadi persembahan gabungan terakhir Dewa 19.

Rasionalnya akui Dhani, mereka kini boleh dianggap sebagai ‘band panggilan’ yang cuma tampil apabila diundang disebabkan tidak lagi menghasilkan album atau single baru.

“Justeru itu, konsert nanti kami tidak membuat gubahan muzik semula, sebaliknya kekal dengan melodi asal namun ada diantaranya diperhebatkan dengan suntikan ‘brass instrument’.

“Kami harap semua Baladewa dapat bersama  pada malam itu. Siapa tahu ini yang terakhir. Dewa 19 kini adalah ‘band panggilan. Jika dijemput, kami bisa manggung,”

– Ahmad Dhani

Terdahulu, berita mengenai ketiga-tiga vokalis band bakal berkongsi pentas di Malaysia yang turut membariskan beberapa pemuzik asal menggamit keterujaan penggemar tegar.

Rata-rata tidak sabar menjadi sebahagian daripada persembahan mega kumpulan yang ditubuhkan pada 1986 di Surabaya itu. 

Persiapan Konsert Dewa 19

Berkongsi persediaan, Dhani memaklumkan sejak awal Januari pasukannya sudah dua kali mengadakan sesi latihan lengkap termasuk bersama barisan pemuzik asal yang pernah bersama mereka.

Katanya, ingin berkongsi rasa teruja menunggu detik bersejarah yang bakal berlangsung selama tiga jam, peminat berpeluang menonton sesi latihan menerusi YouTube.

Tidak ketinggalan meninggalkan ucapan manis, Dhani juga meluahkan rasa terima kasih terhadap peminat Malaysia yang amat menghargai Dewa 19.

Tanpa berselindung lagu, sekali gus menunjukkan Malaysia istimewa di hati band terbabit.

“Ya, kami rasa lebih dihargai di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri,”

– Ahmad Dhani

Sementara itu penganjurnya, Nizra Production memaklumkan tiket sudah 80 peratus dijual termasuk tempat duduk termahal RM888 dan berharap peminat membuat tempahan segera supaya tidak kecewa.

Persiapan Konsert Dewa 19
Persiapan Konsert Dewa 19
Persiapan Konsert Dewa 19
Persiapan Konsert Dewa 19
Persiapan Konsert Dewa 19

Tiket-tiket dijual dengan harga:-

RM238 – Cat 3 (Reserved seating)

RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)

RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)

Pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.

 IG: dewa19reunionmy     

 FB: Dewa19 Reunion MY     

 TWITTER: @Dewa19ReunionMY

Hashtag: #dewa19reunionMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Giliran Persembahan Finalis Anugerah Juara Lagu 33

“Lunch Apa Tu Sayang?,”- Uqasha Senrose