in

Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti

Selain seramai 100 orang pemenang Peraduan Berhari Raya bersama Dato’ Siti Nurhaliza, media dan selebriti juga turut hadir memeriahkan Open House SimplySiti.

Majlis yang bertemakan Glam Red Raya ini memang Budiey rasa meriahnya sebab boleh dikatakan semua pemenang datang bergaya dengan baju raya merah merona. Dengan rona merah yang cukup elegan, pasti semua datang menyerlah keayuan dan kejantanan dengan mengenakan produk SimplySiti. Sayang sekali tak semua selebriti hadir dengan warna tema yang ditetapkan.

Selain ada persembahan dari artis jemputan, hadirin turut terhibur dengan aktiviti-aktiviti seperti permainan dan pertandingan. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Ezlynn, Shahir AF8, Aizat, Saedah dan Saerah serta diakhiri dengan persembahan dari Dato’ Siti Nurhaliza.

SimplySiti

Iqram Dinzly yang kini sedang sibuk dengan pengambaran drama Sakti Dilema. Happy Belated Befday, IQ.

SimplySiti

Anita Baharom tampil ayu dengan sepasang kurung merah polos.

SimplySiti

Fida, pelakon Epilog Syurga Cinta kini makin glamor. Cantik dengan tudung merah dan busana rona krim.

SimplySiti

Shahir mempersembahkan lagu Satu Hari di Hari Raya dan Kebahagian dalam Perpisahan.

SimplySiti

SimplySiti

Isteri Eizlan Yusuf, Vie Shantie turut hadir bersama kakaknya. Dua-dua nampak lawa.

SimplySiti

Ifa Raziah ni baru balik dari Open House Wanita Hari Ini dan Nona di Restoran Istana Bambu. Tak payah nak salin pakai lagi.

SimplySiti

Ashraf Muslim yang kini telah melalui tranformasi dalam dirinya. Good for you, bro. Ashraf juga sedang merancang untuk buat website dan blog peribadinya untuk tatapan peminat.

SimplySiti

Azwan Ali…

SimplySiti

Kieran Hot FM yang bergandingan dengan Fara Fauzana selaku hos bersama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti

Konsert Jelajah Malaysia JYJ K-pop Super Boyband