Gambar Peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya
11Semalam, Budiey mendapat jemputan untuk menghadiri satu sidang media yang akan mengumumkan tentang penyanyi Francisca Peter yang akan mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter di Istana Budaya. Wow, ini berita baik kepada peminat penyanyi 80an ini yang sudah lama tidak menonton persembahan istimewa dari Francisca Peter. Budiey dengar, konsert ini adalah antara konsert mega yang pernah dijayakan oleh penyanyi Kerna Terpaksa ini.
Konsert yang julung-julung kali di adakan ini pasti menjadi detik kemuncak penantian bagi para peminat Fran yang sekian lama menunggu untuk melihat persembahan beliau di pentas berprestij ini. Dengan pengalaman selama 33 tahun di bidang seni, Fran akan memberikan persembahan terbaik bagi 33 buah lagu-lagu hit sepanjang perjalanan beliau sebagai artis, dengan iringan 33 pemain orkestra pimpinan director muzik yang tidak asing lagi, iaitu En Ramli MS.
Minggu ini Budiey agak sibuk sedikit dengan persiapan akhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 yang akan diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 8 Januari Sabtu ini. Alhamdulilah, ramai sekali syarikat dan individu yang tampil untuk menaja parti ini termasuklah beberapa orang selebriti ternama iaitu Heliza Helmi, Ning Baizura, Isma AF7, Sofazr, Afdlin Shauki dan ramai lagi. Terbaru, Isma AF7 telah sudi menaja kek ulangtahun, Ning Baizura pula akan menaja sebuah iPod Nano 8GB. Manakala Afdlin Shauki pula akan menaja goodie bag yang berisi T-shirt Eksklusif Afdlin Shauki.
Oh ya, Heliza Helmi pula telah sudi menaja sebuah telefon bimbit Blackberry untuk hadiah grand prize cabutan bertuah pembaca:
Terima kasih banyak-banyak buat Heliza Helmi Productions.
Budiey juga nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura atas kesudiannya ingin hadir memeriahkan majlis serta menghadiahkan iPod Nano 8GB kepada pembaca bertuah nanti. Thanks Ning Baizura!
Budiey pasti party budiey,com kali ini lebih meriah dengan kehadiran ramai selebriti. Budiey percaya ramai yang tak sabar nak berparti sambil menonton filem seram Khurafat, kan?
Untuk pengetahuan pembaca, blog ini mulai dapat dilayari di alam siber pada 7 Januari 2007. Bermakna, esok adalah hari jadi blog budiey.com. Kepada yang ingin memberikan ucapan, sila kan melayari Fanpage di Facebook dengan menaip carian: Budiey.com Sensasi Selebriti. Terima kasih atas sokongan semua.
Okay berbalik kita kepada tajuk entri kali ini… Nah! Ini dia wajah-wajah peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya yang Budiey temui semasa majlis pelancaran baru-baru ini. Yang penting, semua dari mereka ni, ada bakat dan boleh diketengahkan. Siapa yang akan jadi juara agaknya?
Ada sesetengah mereka mirip dengan penyanyi terkenal. Korang mungkin boleh meneka wajah mereka mirip dengan artis mana.
Rancangan realiti ini yang dihoskan oleh Azwan Ali dan Didie Alias ni akan ditayangkan di TV1 mulai 14 Januari ini. Nak tahu lebih lanjut boleh tonton promo di RTM.
Ekin ke tu?
Yang ni mirip Mila ke Heliza Helmi ni?
Wow Legenda Rock pun ada. Amy Search!
Tak mirip dengan mana-mana artis bermakna peserta ni bukan dari kategori Muka Iras Artis
Seperti pernah ku lihat wajah mu ini tapi di mana ya?
Eh, ni Mawi kan? Aik, gemuknya Mawi sekarang!
Yang ni pula, beberapa peserta yang akan bertanding dalam kategori nyanyian




















[...] This post was mentioned on Twitter by 1malaysianews. 1malaysianews said: Wow, Francisca Peter akan mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter di Istana Budaya. Info: http://bit.ly/i1nIqu [...]
assalammualaikum …..saya nak bagi semangat sikit ngan penyanyi sabah terus kan berusaha k…terutama budak asrama smk likas bg umar gud luck……..
hye sume rakyat M,sia!! dont frget 2 vote SAM!!
jangan lupa beri sokongan pada muka iras artis pada dato’ siti nurhaliza iaitu fazz pada minggu kelapan bersamaan 4 mac ini..terima kasih..:-)
kpd semua student UITM Sarawak cwg Samarahan Batch 2005-2007 dan UITM Puncak Perdana bacth 2007-2011 dan sluruh wrga M,sia jgn lupa ye tgk & vote JAWE @ EPUL nnti di program realiti nynyian TLTB TV1 evry friday 9 p.m pd 25 Mac 2011!! vote dr anda sume amat b,harga…p/s: klo x dpt undi tp doa pon da ckup baik….tq..
hye sume…sy nk bg skngan kpd sume psrta2 sabah,,n yg trutama skli abg UMAR… ex-student SMK LIKAS …gud luck abg UMAR…..
Cikgu menyokong penuh penglibatan Fikri dalam dunia nyanyian..selamat Berjaya!!Harumkan nama SMK St. Thomas Kuantan yer…
kpd sume rkyat M,sia jgn lupa menyaksikan persembahan dr Jawe@Epul pd 25 Mac ini ye.(kategori nyanyian)..owp..law ade kredit lebih bley la vote untuk Jawe @ Epul ye…p/s:bkn skrg ye!!! tunggu 25 Mac nnti…syg Jawe!!
sam i luv u so much!!! wt yg terbaik dlm TLTB satu satu nyeh n i vote 4 u dear!!!!…
Assalamualaikum..
Mintak izin siarkan gambar iras mawi dan amy search di dalam blog sy..
sy akan letakkan backlink..
tq
hai kawan2 semua jangan lupa saksikan seni pada 8 april jam9 malam tv1 okey…minggu ikon jamal memang mendebarkan..TLTB satu-satunyaaaaah