Gambar Penyanyi Diddy Kahwin
Budiey ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk penyanyi Diddy. Semoga rumahtangga yang didirikan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat berbulan madu.

Penantian Empat Tahun Diddy Berakhir Dengan Perkahwinan
PENYANYI Syamsul Hirdi Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy, 25, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Allen Nor Azah Musa di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Baru, semalam.
Dengan dua kali lafaz, pasangan mempelai yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama empat tahun kini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM300 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM10,000.
Antara barangan hantaran dari pihak Diddy termasuk beg tangan, alat solek, wangian, gelang tangan emas, tepak sirih dan kek dengan dibalas sembilan dulang hantaran dari pihak perempuan.
Sementara Allen membalas dengan sembilan hantaran antaranya adalah komputer riba, wangian, baju Melayu, tali pinggang, dompet, kek dan sirih junjung. Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin ditaja oleh Gidas Creation.
“Alhamdulillah, saya bersyukur penantian selama empat tahun kini berakhir dengan satu ikatan. Kami berasa lega kerana sebahagian dari perjalanan majlis kini sudah selesai. Tinggal malam ini ada majlis berinai dan esok majlis persandingan. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar,” ujar Diddy dengan nada gembira.
Majlis berinai akan berlangsung malam ini dengan pakaian ditaja oleh Lord Tailor manakala pasangannya ditaja oleh Hazwani Othman. Manakala pada majlis persandingan pasangan mempelai ini yang akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di tempat yang sama esok dengan pakaian sepenuhnya ditaja oleh Hazwani Othman.
Sementara itu rancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, Diddy memberitahu masih diperingkat perancangan.
“Kami belum rancang tempat dan waktu untuk berbulan madu tetapi apa yang pasti lokasinya di dalam negara,” katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya tentang anak, Diddy memberitahu dia belum membuat apa-apa perbincangan berhubung soal anak sebaliknya menyerahkan kepada izin Allah.
Dijangka Majlis persandingan esok akan dihadiri lebih 1500 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat kedua-dua mempelai.
Sementara, majlis persandingan sebelah lelaki yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur dengan bertemakan ‘perkahwinan dalam taman’ akan ditetapkan kemudian. – Sumber artikel + gambar : Mstar Online









Tags: Adi Putra, album yuna, Allen Nor Azah Musa, baby, Blog, gambar diddy kahwin, gambar hantaran, gambar isteri diddy, gambar majlis kahwin, gidas creation, hazwani othman, kursus lesen kereta, lagu diddy, lords tailor, majlis malam berinai, pasir gudang johor, persandingan diddy, photo diddy wife, single learning you, sri mersing, sulung, tips memandu, tom kena sihir
Tags: Blog, adi putra, album yuna, Allen Nor Azah Musa, baby, gambar diddy kahwin, gambar hantaran, gambar isteri diddy, gambar majlis kahwin, gidas creation, hazwani othman, kursus lesen kereta, lagu diddy, lords tailor, majlis malam berinai, pasir gudang johor, persandingan diddy, photo diddy wife, single learning you, sri mersing, sulung, tips memandu, tom kena sihirClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 7th, 2010 at 8:19 pm
slmat pgntin baru,smoga bbhgia keakhir hayat..sweet je wife dia,ada iras2 jihan RLawak 3 skit..
February 8th, 2010 at 8:00 am
lawa isteri dia.. sekali imbas nmpak macm misha omar pn ada
February 8th, 2010 at 11:55 am
tahniah dn selamat pengantin baru smoga brkekalan,gmbar yg ke4 tu muke wife Diddy mcm misha plk..
February 8th, 2010 at 12:25 pm
salam…. terimakasih budiey kerana menyiarkan liputan perkhawinan diddy & allen.
Selamat pengantin baru uat Diddy & Allen , semoga sentiasa berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
February 9th, 2010 at 1:22 pm
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa…..
Muka wife Diddy mcm iras muka penyanyi Zul “2 By 2″ lah….
February 13th, 2010 at 10:41 pm
semoga hidup bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat Amin……..
March 30th, 2010 at 5:34 pm
imam ni la yg nikahkan aku n suami aku kat p.gudang dulu..best..klakar..