in

Pemenang Cabutan Bertuah Tajaan Langsing SIY di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com

Entri ini Budiey siarkan khusus untuk menghargai produk Langsing SIY yang sudi menaja hadiah cabutan bertuah di Parti Ulangtahun ke-3 Budiey.com. Terima kasih daun keladi, tahun depan taja lah lagi ya.

Seperti tahun lepas, produk Langsing SIY juga telah menaja beberapa produk baru untuk dihadiahkan kepada pembaca yang hadir. Untuk tahun ini, 3 hadiah berupa produk kesihatan dan kecantikan telah disumbangkan iaitu Bra Ajaib – untuk menambah saiz payudara anda, krim kulit dan produk SIY – Slim It Yourself.

Budiey juga ingin mengucap terima kasih kepada penyanyi dari bintang Akademi Fantasia 7 iaitu Rubisa yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir dan menyampaikan hadiah kepada pembaca bertuah.

Yang kelakarnya, bila sampai cabutan untuk produk Bra Magic tu, tiba-tiba dapat kat lelaki. Harap jangan cuba-cuba pakai ya, tak pasal-pasal timbul payudara lak. Haha!

Okay tak pe, boleh kasi hadiah kat aweks mu ya.

Hadiah untuk krim kulit pula dimenangi oleh suami kepada kakak Azimah. Tahniah!

Pemenang untuk produk SIY pula dimenangi oleh pembaca… tapi yang dah langsing. Nasiblah, makan SIY lebih langsing la pulak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Penyanyi Diddy Kahwin

Shafia Naswip, Fizz Fairuz, Sheila Rusly dalam Dunia Batinku