Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan



Amber Chia buat kontroversi lagi setelah dua tahun lalu, Amber bergambar di majalah Playboy, kini model ternama itu buat aksi panas di majalah Taiwan pula. Mesti meletop. Siapa ada gambar Amber Chia di Majalah Taiwan tu hantar kat budiey ya. Hehe.

Dipetik dari Harian Metro
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Selepas kontroversi memperagakan tubuh dalam majalah Playboy dua tahun lalu, peragawati terkemuka tanah air, Amber Chia, 26, sekali lagi muncul melalui aksi panas terkini dalam sebuah majalah hiburan di Taiwan, baru-baru ini.

Model yang juga pelakon filem itu didakwa memeranjatkan rakyat Malaysia berikutan tampil tanpa memakai coli selain mempamerkan pelbagai aksi mengghairahkan dan berani. Penyebaran gambar terbaru model kelahiran Sabah, melalui majalah berkenaan mencetuskan kejutan terbaru berikutan gambar tubuh tinggi lampai bekas juara Pencarian Peragawati Antarabangsa Guess 2004 itu disifatkan berunsur erotik.

Namun berdasar maklumat mendapati, pelbagai gambar seksi model berkenaan dicetak dan diterbitkan sebuah majalah hiburan ‘China Times Weekly’ yang berpusat di Taiwan untuk pasaran negara berkenaan. Majalah yang diterbitkan bertarikh 30 Mei lalu di negara berkenaan dikatakan kini turut tersebar meluas di Malaysia sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat berikutan ia turut memasuki pasaran tempatan.

Gambar yang disertai artikel berhubung model terkemuka itu mula menjadi buah mulut sehingga menyebabkan orang ramai memburunya untuk melihat tubuh artis itu dari dekat.

Bagaimanapun difahamkan gambar ‘panas’ Amber itu sebaliknya digunakan bagi tujuan promosi selepas artis terbabit dipilih sebagai model bagi sebuah pusat beli-belah terkemuka di negara berkenaan. Berdasarkan artikel dalam majalah berkenaan, Amber menyatakan keinginannya melebarkan sayap kariernya ke negara berkenaan.

Malah gambar itu kini dijadikan hiasan pada papan tanda iklan di negara terbabit untuk tujuan mempromosikan jualan dan imej pusat beli-belah berkenaan. Melalui artikel disiarkan, Amber menyatakan aksi panas itu tidak mungkin boleh diterbitkan di Malaysia berikutan negara kelahirannya mempunyai peruntukan undang-undang yang ketat.

Berdasarkan gambar disiarkan, Amber hanya memakai seluar dalam hitam dan jeans biru tanpa coli. Malah gambarnya itu turut digunakan pada kulit muka hadapan majalah berkenaan yang diterbitkan setiap minggu.

Model Malaysia terbabit sebelum ini pernah muncul dalam edisi sulung majalah Playboy versi Indonesia pada 7 April 2006 yang menimbulkan bantahan penduduk negara itu sebelum ia mula dipasarkan kepada umum.

Amber ketika itu muncul dalam ruangan ‘Celebrity’ sebanyak lapan muka. Gambar pertama memaparkan dia dengan skirt mini, baju dalam berenda oren dan baju putih. Gambar seterusnya menunjukkan dia memakai jeans denim low-cut dan baju dalam hitam bermanik.

Duta Guess yang juga Model Terbaik Wanita Malaysia itu kelihatan seksi dan mengghairahkan berbeza dengan pertama kali kemunculannya di khalayak. Dengan tajuk Hardworker Amber, majalah itu menyifatkan wanita itu sebagai segar, cantik dan seksi.

Amber yang pernah menjadi duta produk Guess Watches, Stila, Whisper (P&G) dan L’Orea pernah mengeluarkan kenyataan awal tahun ini kepada media, dia sudah mengikat kontrak dua tahun sebagai model di Taiwan.

 

Gambar kontroversi Amber Chia di Playboy Magazines

[tags]gambar amber chia, bogel, kontroversi, playboy amber chia, model sabah, majah taiwan, magazine, model guess, model malaysia, nude, naked amber[/tags]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Amber Chia di Green Cheongsam Showcase
  • Photo Baby Boy Amber Chia
  • Gambar Baby Amber Chia Ashton Wong di Full Moon Party
  • Gambar Amber Chia di Pelancaran The Twelve
  • Amber Chia Lancar Amber Chia Academy
  • Gambar Wedding Rahsia Amber Chia
  • Amber Chia, Dior & Wilson Tan ke 6th Asian Model Festival Awards 2011
  • Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Relaunch of Huggies Ultra Pure & Natural Comfort
  • Tema The Green Wedding di Majlis Resepsi Amber Chia & Adrian Wong



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      tits or GTFO budiey!

    • lady_carlorino

      Hmm.. sepatutnya Amber kena lebih berhati2… dah jadi kes mcm ni sapa nak jawab???… terlalu mengejar glamour sampai terlupa yang diri sendiri dieksploitasi…

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      we want pictar now!

    • bah

      orang macam gini kisah ke kalau diri die dieksploitasi ? lagik suke ade la.

    • erz

      aku tak kisah sgt klu dia pkai sexy pn..dia bkn islam..nk kata lebih pn tak boleh..bkn haram bg depa…yg aku heran ni yg islam…dh terang2 haram tp…….
      aku pn tak la baik sgt… :-)

    • mt

      pi mampus lah dia

    • ahmadrizman

      biaasla………cina…bukan ada dosa……….seksi gak

    • chZ

      so what? she is a super model..js let she do what a model should be doing… shes not a traditional costume model… xkan nk keluar mag mangga jer..!! did she disturb ur life..?

    • mel

      biar jeee..ler,bukanye cantik pun.alaaa..model katakn..besa la 222 nak cari makan bukanye kne tperuk jee kat dunia sndri,zaman dah brubah weeey.. so people have to change 222222….am i right??? so…gud luck to amber chia..tp mruah dri pandai2 ler cover eekkk…

    • http://www.friendster.com/vlynxx Shadyz

      Ni la org² akhir zaman…
      sokong je bnda² ‘biasa’ nih..

      mmg la dia bkn islam..
      tp yg islam tu jgn la dok sokong sgt bnda² camni…
      toksah dok backup org yg promote kita join wat dosa skali…

      ada otak, pk…

    • please la

      Kamu semua ketinggalan zaman. Apa orang Cina tak de dosa? Selain kamu ada proof yang kamu akan ke heaven selepas meninggal dunia, then shut the hell up, sebab HAHAHAHAHA, KITA KAYA-RAYA DI COUNTRY KAMU SENDIRI. Kerana orang Melayu memang bodoh. tanpa government, kamu semua sudah pun mati macam katak. sedarlah sikit. dan tentang perkara dosa, paling banyak merogol orang ialah orang melayu. terutamanya mereka yang merogol anak sendiri. kamu semua ni haiwan. jangan self-righteous sangat, ingat sendiri bermoral.

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      wowowowwo…. memang sexy abez arhh..!!!
      but.. 2 hak dye arhh..!!! dye punye bangse
      dah memang cam 2 en..!!!

    • azlan

      ape-ape aje ,ape nak jadi.

    • Asriq

      Hmm..aq p0wn xtau nk k0men pe..bt0l gak kap dyeowng ney..dye owg cina..ne de pkey d0se..tp,dye da malu kn ngare kt..xbt0l ke??

    • ana

      x kisahlah…bkn islam pun..org islam pun lebih dari tu kat malaysia lg.

    • taragang_saru

      she’s a model.that’s what she does.just let her be.

    • yna

      ala…apapun yg dia wat n pakai xkisah la coz dia bukan muslimah pun… yg di Malaysia ank2 melayu lebih teruk tambah2 artis2 wanita islam bergaya n berlakon lebih2 xder plak org nk komen n tegur

    • hussin

      trend pakai baju tampa bra da biasa da zaman ni.tenguk la kat disko awek melayu meleleh pakai baju tampa bra ni,menari terkinja-kinja tak ada org kacoh pun.pakai singlet nampak puting da tak heran.skrg ni yg terkini fesyen baju buka dada.bagi nampak lurah.mcm artis barai pakai.selamba je.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK