in , , ,

Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya

Laman Santai, hiburan tempat terbuka sambil menikmati pelbagai juadah enak setiap Sabtu di Laman Beringin, pekarangan Istana Budaya (IB) dan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkemuka tanah air pada 21 Jun 2008 (Sabtu), 8.30 malam.

Bersempena meraikan sambutan Hari Seniman Kebangsaan, Laman Santai anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) itu bakal membariskan artis-artis veteran seperti R. Ismail dan Datuk Aziz Sattar, selain Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search dan Sara Loo.

Acara mingguan dengan tema ‘Gema Suara Seniman’ ini diserikan dengan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Persembahan turut diiringi Band Nasir & The Melodies, pimpinan anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, iaitu Nasir P. Ramlee.

Gema Suara Seniman merupakan satu penghargaan IB kepada warga seniman seni pentas yang telah menabur jasa di persada seni tanah air. Kali ini selain artis-artis baru, Laman Santai tidak pernah lupa membawakan artis-artis veteran yang juga mempunyai ramai peminat. Sekurang-kurangnya penampilan mereka merupakan nostalgia yang terus dikenang dan diingati hingga ke hari ini.

Penampilan R. Ismail sudah pasti menggamit memori silam dengan lagu-lagu nyanyiannya yang banyak disiarkan dalam filem-filem Melayu Klasik menerusi lakonan Nordin Ahmad. 

R. Ismail, 72, merupakan Bintang Radio Televisyen Singapura (RTS) 1975 dan telah dianugerahkan Bintang Lagenda Seri Pentas Singapura 2007. 

Sehubungan itu, Istana Budaya menjemput semua warga kota dan khalayak peminat muzik tanah air ke Laman Santai pada 21 Jun, Sabtu ini, jam 8.30 malam. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan persembahan.

[tags]laman santai, istana budaya, juadah, resepi melayu, buku resepi, ebook blogger, hari seniman, kebangsaan, R. Ismail, Datuk Aziz Sattar, bogel, naked, love, cium, kiss, poppers, ranjang, seks, sex, Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search, Sara Loo, gema suara, puisi a samad said, band nasir[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI

Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan