in

Gambar IZ OIAM Masa Shooting Iklan Munchy’s

Selepas pulang dari mengadakan show dan promosi jelajah di India dua minggu lepas, IZ OIAM skrg ni kembali sibuk dengan rakaman album baru.

Album baru IZ kali ini akan lebih menampilkan lagu-lagu berbahasa Melayu di samping beberapa buah lagu Inggeris dan single pertama ‘Jauh’ yg akan keluar tak lama lagi. Kata IZ, dia mahu mendekati pasaran Melayu selain mahu ke peringkat global dan urban.

Sony Malaysia yang bertanggungjawab mengedarkan EP Gonna Be Alright IZ pada 2008 bersetuju untuk mengedarkan album penuh IZ ini nanti.

Tajuk album ini masih dirahsiakan.

Baru-baru ini, IZ telah buat shooting Iklan Munchy’s yang berbentuk filem pendek. Lakonan IZ sebagai pemain basketball akan keluar di kaca TV tidak lama lagi selepas Tahun Baru Cina.

Di samping itu IZ also akan terlibat dengan satu Kempen Anti Merokok yang dipanggil ASAP. Juga tak lama lagi, IZ akan kasi surprise! Suprise apa tu agaknya eh?

Visit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Saya Setuju Bercerai – Ida Nerina

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Satu Suara