in ,

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Pelancaran Sity Avita

Bangun di pagi Sabtu ini, baru teringat ada event. Biasanya Sabtu kan Budiey jarang ke event. So, Budiey terlupa nak letak dalam kalendar. Nasib baik check email balik, rupanya hari ini, Budiey dijemput ke Pelancaran Sity Avita Sdn Bhd yang diadakan di A-11-13A & A-11-15, Level 11, Menara UOA Bangsar, No.5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan pada jam 10 pagi tadi, dihadiri oleh ramai media, pengedar dan orang kuat dalam menjayakan produk ini.

Wow, tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana beliau kini menjadi pelabur untuk sebuah syarikat produk kecantikan Celergen. Tak sampai setahun, SimplySiti dilancarkan, Siti dah mula melabur untuk produk yang lain pula. Celergen – Penokok Pemakanan Terapi Sel Marin Swiss Termaju (An Advanced Swiss Marine Cell Therapy Supplement). Jangan tanya berapa RM Siti laburkan kerana pasti jawapan Siti “Biarlah Rahsia.” Yang pasti, ia satu jumlah yang kecil sahaja. Taklah banyak sangat.

Menurut Siti Nurhaliza, produk ini sebenarnya digunakan oleh ramai selebriti termasuklah kawan baik Siti sendiri, Krisdayanti.

Namun, penjenamaan semula produk kepada Sity Avita pasti akan mendapat sokongan dari peminat setia penyanyi nombor satu Malaysia ini.

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

STUART LITTLE 3 Call of The Wild di TV2

Gambar Fesyen Erra Fazira Rekaan Hatta Dolmat