in

Gambar Amy Mastura di Majlis Penutup Malaysia Jom Lebih Sihat

KEMPEN CSR MEMBERI HARAPAN KEPADA GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Kempen “Malaysia, Jom Lebih Sihat!” meraih kejayaannya secara gemilang hari ini dengan majlis penutup yang dianjurkan oleh jenama penjagaan kebersihan diri Lifebuoy dengan sokongan Pasaraya Besar Giant dan Pasaraya Cold Storage. Majlis tersebut diadakan di Pusat Beli-Belah 1 Utama.

Amy Mastura

Majlis penutup tersebut disempurnakan oleh Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim bersama Pengarah Program Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide Kuala Lumpur, En Darick Wong; Pengarah Bahagian Penjagaan Rumah dan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, En Ainul Yaqin; dan Pengarah Peruncitan Bahagian Pemakanan, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, En Ian Cruddas. Turut hadir di majlis untuk merayakan kejayaan Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat! ialah tiga duta kempen ; Amy Mastura, Loo Aye Keng dan M. Kumaresan.

Hanya beberapa minggu sebelum majlis penutup ini, Lifebuoy telah mengumumkan bahawa kempen itu telah meraih kejayaan yang besar kerana telah berjaya mengumpulkan 1 juta buku sabun untuk disumbangkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini bukan sahaja merupakan sumbangan yang terbesar Lifebuoy dan Unilever di negara ini, tetapi ia juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai sumbangan buku sabun yang terbesar di Malaysia untuk tujuan kebajikan.

Kempen ini telah diadakan untuk mewujudkan kesedaran tentang peri pentingnya pengamalan kebersihan peribadi yang baik untuk kehidupan yang lebih sihat dan pada masa yang sama memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia untuk hidup dengan lebih bebas dari masalah kesihatan melalui sumbangan produk penjagaan kebersihan diri. Objektif kempen ini juga selari dengan misi sosial sedunia Lifebuoy yang bertujuan untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan masyarakat di seluruh dunia melalui penggalakkan penjagaan kebersihan diri.

Sepanjang tempoh kempen ini, dari 1 Mac 2010 hingga ke 31 Mei 2010, setiap pembelian produk Lifebuoy akan menyumbang kepada sebuku sabun Lifebuoy yang akan didermakan kepada keluarga dan individu yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di komuniti-komuniti miskin dan terpencil di negara ini. Lifebuoy telah berazam untuk mengumpul sebanyak satu juta buku sabun dalam kempen ini.

Untuk memastikan bahawa kempen ini berjaya bukan sahaja dari segi sumbangan buku sabun, tetapi juga dalam memastikan bahawa buku sabun yang disumbangkan akan diterima oleh golongan sasaran yang tepat, MAKPEM dan tiga badan kebajikan sosial yang lain; HOPE Worldwide, Persatuan Yellow House dan Community Support Network telah memberikan sokongan bersepadu dan komitmen mereka kepada Lifebuoy dalam kempen ini untuk mengedarkan satu juta buku sabun kepada para penerima yang disasarkan. Pengagihan buku sabun kepada golongan sasaran akan bermula pada bulan Julai tahun ini. MAKPEM dan tiga badan kebajikan yang lain akan menyokong usaha Lifebuoy dengan menerapkan pendidikan kebersihan dan program-program lain yang relevan sepanjang tempoh pengagihan sabun buku kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Bercakap di upacara penutup, Pengarah Bahagian Penjagaan Rumah dan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, En Ainul Yaqin berkata, “Lifebuoy dilancarkan pada tahun 1894 untuk membantu masyarakat dalam usaha mereka untuk menjaga kebersihan diri dengan lebih baik. Kami sentiasa berkembang dan mengikuti perubahan keperluan pelanggan. Pada saat ini, lebih daripada 1.6 bilion orang di seluruh dunia mempercayai produk Lifebuoy dalam melindungi mereka dan keluarga mereka dari jangkitan kuman. Saya amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, yang mengambil bahagian dan menjayakan dalam kempen “Jom Lebih Sihat” ini. Dengan sokongan anda, satu juta buku sabun LIFEBUOY sekarang akan diagihkan kepada yang mereka yang kurang berkemampuan, membawa kesan yang positif dalam hidup mereka. Harapan kami adalah supaya Lifebuoy akan terus berkembang dari generasi ke generasi, dan kami akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan anda.”

Upacara penutup kempen dimeriahkan lagi dengan paparan struktur gergasi dalam bentuk nombor ‘1’ dengan dimensi setara satu juta buku sabun Lifebuoy. Struktur yang dipamerkan di pusat beli-belah 1Utama sejak 16 Jun 2010 ini, bertujuan untuk memaparkan kepada orang awam sokongan nyata mereka terhadap golongan yang memerlukan dan komitmen LIFEBUOY untuk membantu golongan tersebut menjalani kehidupan yang lebih bersih dan sihat.

Latar belakang Lifebuoy
Lifebuoy adalah salah satu daripada jenama paling lama Unilever, dan ia telah dijual di pelbagai negara di dunia sejak tahun 1890an. Sepanjang sejarahnya, sabun Lifebuoy mampu dimiliki oleh semua, membantu semua untuk hidup bebas daripada masalah kesihatan. Hari ini, lebih dari 1.6 bilion orang di serata dunia mempercayai produk Lifebuoy untuk melindungi mereka daripada kuman. Lifebuoy, sabun peneraju, adalah gambaran sebenar Matlamat Vitaliti Unilever: untuk membantu orang ramai kelihatan hebat, berasa hebat dan menikmati hidup. www.lifebuoy.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wonder Girls Perform at MTV World Stage Live in Malaysia 2010

Ucapan Sempena Pelancaran Koleksi Kebebasan Scholl 2010