in ,

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH

Puteri pop negara yang sentiasa ceria dan tidak pernah dimamah usia, Amy Mastura kini kembali dengan single terbaru berjudul ‘Kalimah’. Amy Mastura menyifatkan single terbaharunya berjudul Kalimah adalah sebuah lagu yang lebih matang dan sesuai dengan imejnya sekarang.

Penyanyi serba boleh yang pernah popular dengan lagu Sha Na Na ini bakal mewarnai industri muzik tanahair sekali lagi dengan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat besar Ardiv Jauhari.

Amy Mastura

‘Kalimah’ merupakan sebuah lagu balada yang sememangnya sinonim dengan Amy Mastura. Melodinya diadun lebih bersahaja dan kedengaran matang sesuai dengan imej beliau sekarang.

Membawa maksud yang universal, liriknya menceritakan tentang kata-kata yang sering kita ucapkan dalam kehidupan seharian. Baik sesuatu luahan kata-kata itu, maka baiklah penerimaan orang di sekeliling.

“Single ini mengenai apa yang kita ucapkan seharian. Sebutlah ayat-ayat yang positif kerana impaknya juga akan positif, tetapi apabila negatif maka buruklah ia kerana apa yang kita ungkapkan merupakan doa buat si penerima dan juga diri kita sendiri,” ujar Amy Mastura.

Menerusi lirik yang ringkas dengan melodi yang segar, pihak Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.

Menurut Amy Mastura, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana sudah lama saya impikan lagu yang menggambarkan jiwa saya masakini. Walaupun kedengaran simple, namun ia membawa maksud yang mendalam dan saya harap setiap insan yang mendengarnya akan memberi kesan terhadap mereka,” katanya.

Video muzik ‘Kalimah’ kini boleh ditonton di laman sesawang YouTube dan penonton pasti akan terpegun dengan keindahan alam semulajadi yang dipaparkan.

‘Kalimah’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH

Amy Mastura Lancar Single Terbaru KALIMAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vie Shantie Khan Lancar Koleksi VHIJRAH

Sinopsis Drama Bersiri DIARI CINTA KITA Lakonan Tasha Shilla