in

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

[dropcap]K[/dropcap]aum ibu dan para suri rumah di Malaysia dibebani dengan pelbagai kerja rumah – masa di dapur tidak sepatutnya menjadi beban utama mereka. Mereka sudah lazim dengan masa dan tenaga yang banyak digunakan untuk memasak hidangan untuk keluarga tersayang. Mereka, kemudian dibebani dengan kerja rumah seperti mencuci mangkuk pinggan kotor dan kesan minyak yang degil pada dapur mereka.

Dalam acara ekslusif bersama media, Sunlight dan Cif berganding bahu sebagai ‘Dapur Specialis’ menunjukkan betapa senangnya kedua-dua jenama ini boleh membantu kaum ibu dan para suri rumah dengan menawarkan penyelesaian yang efektif. Sekarang, dengan usaha yang minima, mereka boleh membersihkan dapur dengan masa yang singkat, membenarkan kaum ibu dan para suri rumah melakukan perkara-perkara yang lebih penting seperti meluangkan lebih masa yang berkualiti bersama ahli keluarga mereka.

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

[pullquote align=”right”]Luangkan Masa Bersama Keluarga. Dapur Specialis, Sunlight dan Cif memudahkan kaum ibu dan para suri rumah di dapur mereka[/pullquote]

Sejak dahulu lagi, limau diketahui mempunyai kuasa menghilangkan minyak. Bayangkan setiap botol Sunlight yang mengandungi kuasa 100 biji limau menghilangkan minyak pada pinggan mangkuk. Kuali dan periuk yang dipenuhi dengan kesan minyak dan kotoran yang degil boleh di bersihkan dengan penggunaan Cif. Cif bertindak sebagai peluntur untuk menghilangkan kotoran dengan berkesan tanpa merosakkan permukaan perkakas dapur. Kombinasi kedua-dua produk ini memberikan kaum ibu dan para suri rumah dapur yang mempunyai sinaran berkekalan.

Untuk menunjukkan keberkesanan Sunlight dan Cif, kedua-dua jenama membersihkan dapur gas dan kuali yang terbesar di Malaysia, sekaligus mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi menghasilkan dapur gas dan kuali yang terbesar di Malaysia. Rakesh Mohan, Pengarah Urusan dan Pengerusi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.; Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Bhd dan penyanyi masyhur, Amy Mastura bersama-sama menerima sijil dari pihak Malaysia Book of Records selepas membersihkan kuali sebesar 3 meter dengan Sunlight dan dapur gas sebesar 4 meter dengan Cif.

Rakesh Mohan, Pengarah Urusan dan Pengerusi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd berkata:

“Kami di Sunlight dan Cif memahami beban kaum ibu dan para suri rumah membersihkan dapur yang boleh membazirkan masa dan tenaga yang banyak. Selari dengan itu, kami memperkenalkan Dapur Specialis, dengan menggunakan Sunlight dan Cif, keluarga-keluarga boleh meluangkan lebih masa dan memupuk perhubungan yang lebih erat sambil menikmati hidangan masakan rumah.”

Kehadiran Amy Mastura, penyanyi masyhur memeriahkan lagi acara ini apabila beliau berkongsi gaya hidupnya sebagai seorang ibu dan usahawan yang sibuk. Walaupun dengan gaya hidupnya yang tiada henti, beliau menekankan kepentingan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Beliau memahami kejayaan rumahtangga bukan sahaja tertumpu pada kebolehan menjaga kebersihan rumah, ia juga merangkumi meluangkan masa untuk memupuk hubungan silaturahim sesama sendiri.

Sejak bulan Jun, Sunlight dan Cif telah bekerjasama memperkenalkan penyelesaian Dapur Specialis dengan menjalani kempen trak bergerak di 42 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk pengunjung trak bergerak termasuk pertukaran produk Sunlight dan Cif, demonstrasi memasak dan mencuci dapur, pertandingan pembersihan pinggan mangkuk serta pemberian sampel produk percuma kepada pengunjung-pengunjung.

Cecair pencuci pinggan Sunlight dijual pada harga RM6.35 (1000ml), manakala pembersih serbaguna Cif dijual pada harga RM5.20 (500ml). Kedua-dua produk kini ditawarkan di pasar raya berdekatan anda di seluruh negara.

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

Amy Mastura Kongsi Kisah Jadi Suri Rumah

Mengenai Sunlight
Sunlight adalah cecair pencuci pinggan mangkuk pilihan yang digemari keluarga kerana kuasa menghilangkan minyaknya yang hebat menjadikan pinggan mangkuk benar-benar bersih. Sunlight dengan ekstrak limau sebenar mempunyai kuasa menghilangkan minyak lebih 100 biji limau dalam setiap pek.

Mengenai Cif 
Cif menawarkan krim pembersih yang lembut dan berkesan untuk pembersihan efektif dan penjagaan unggul untuk setiap bahagian di rumah. Setiap titik Cif mengandungi jutaan mikro-partikel yang berkerja untuk menghilangkan 100% kekotoran dengan mudah tanpa calar pada permukaan.

Mengenai Unilever
Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama, termasuk produk penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona; produk penjagaan rumah seperti Breeze, Comfort, Cif, Sunlight dan produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Planta dan Wall’s. Kebanyakan jenama ini juga adalah peneraju dalam kategori masing-masing.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kumpulan 4 Stars Juara Konsert Boom Muzik Ekstra

Google Malaysia Lancar Laman Khas Untuk Ramadan