Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
Pada jam 2.30 petang tadi, prebiu filem Rasukan Ablasa telah diadakan di Cathay Cineplex, Cineleisure, Damansara Utama. Antara pelakon utama yang hadir ialah Almy Nadia, pelakon yang suatu masa pernah dilanda kontroversi atas kehilangannya seketika dalam dunia hiburan kerana telah dilanda penyakit misteri hasil buatan orang.
Budiey sempat mendengar cerita dari mulut Almy Nadia tentang pengalaman seramnya melakonkan watak gadis bernama Kim dalam filem arahan Prof. Razak Mohaideen. Ketika di lokasi pengambaran di sebuah hutan, Almy Nadia dipukau dan tiba-tiba berada di pejabatnya. Cabaran bagi Almy Nadia untuk filem pertama lakonannnya ini ialah Almy terpaksa melakonkan watak perempuan penggoda untuk adegan panas dalam penjara dan juga scene dalam lif di mana Almy Nadia menggoda Yusri KRU. Sedangkan yang kita tahu, Almy Nadia seorang yang gadis pemalu. Tapi dalam filem ini, Almy Nadia kena seksi dan daring sikit.
Lakonan Almy untuk filem ini boleh dipertingkatkan lagi. Tidak adil rasanya untuk menilai kerana Almy pada masa itu masih mentah, namun dengan kelas lakonan bimbingan Prof Razak dari Line Clear, lakonan Almy Nadia masih dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Tak bawa Fizz Fairuz ke? Ooo… Almy kata, Fizz tengah shooting.

Watak Kim dalam Rasukan Ablasa sangat mencabar.

Alhamudlilah, Almy dah kembali sihat.

Macam baby doll la pulak gambar ni

Almy Nadia bersama Fouziah Gous yang membawa watak Elly
Tags: Almy Nadia
Tags: Almy NadiaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



