in

Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa

Budiey ikut gelak besar apabila menonton adegan Fouziah Gous melakonkan watak Kim dalam filem Rasukan Ablasa. Apa tidaknya, masa satu scene dalam sel penjara, Kim yang sememangnya penakut telah terkencing dalam seluar selepas melihat hantu di hadapannya. Mengigil ketakutan. Tapi rasanya, biasalah memang realitinya perempuan akan terkencing apabila terlalu takut. Alah, kalau kena pada lelaki pun, mungkin akan terkencing jugak!

Budiey sempat berborak dengan Fouziah pasal bidang lakonannya. Menurut pelakon yang berkawan rapat dengan Iqram Dinzly ni, beliau baru sahaja habis shoot Roda Impian bersama Kieran. Sekarang tengah sibuk berlakon drama Nana Tanjung di mana Saiful Apek juga turut ada dalam drama TV9 ini. Pada 27 dan 28 Februari ini, Fouziah Gous akan turut menjayakan Karnival Jomheboh di Melaka.

Khabarnya, Fouziah sekarang sedang mencari pengurus yang profesional untuk mengurus jadual kariernya agar lebih terurus. Budiey pun respect dengan sesetengah artis yang sibuk macam Fouziah Gous dapat mengatur jadual hariannya sendirian. Biasanya kalau ada pengurus ni, ada pro dan kontranya jugak. Kalau kita bernasib baik dapat pengurus yang bijak, seseorang artis tu dapat laris dan berjaya mengekalkan namanya dalam industri

Terlalu sibuk sangat berlakon sehingga Fouziah Gous terpaksa tolak tawaran filem Momok, Rempit dan beberapa filem lain.

Budiey: Seronok kalau dapat panggilan telefon dari selebriti. Jimat bil telefon Budiey huhu… Tq Fouziah!

Mengenakan baju yang dibeli dari Top Shop

Hadir bersama ibunya… anak mak katakan…

Rasukan Ablasa, antara gilem pertama Fouziah Gous

Seronok berlakon dan belajar berlakon dari A-Z anjuran Line Clear selama sebulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa

Sekitar Sesi Ramah Mesra Dengan Pelakon Drama Rempit VS Impak Maksima