in

AZRI TERSINGKIR, WANA, CASSIE, NASHRIM LAYAK KE GRAND FINAL MYSTARZ LG

AZRI TERSINGKIR, 4 PESERTA LAYAK KE GRAND FINAL!

Hasrat Mohamad Azri Abdullah untuk menempa nama ke konsert akhir terpadam apabila diumumkan tersingkir di konsert penentuan My Starz LG musim kedua malam tadi. Ternyata persembahannya mendendangkan lagu medley Tercipta Untukku dan Aurora gagal ketika konsert yang ke -11 minggu terdahulu gagal mendapat tempat di hati juri dan undian SMS dari penonton.

Namun bagi Azri, semangat yang kental dan minat yang mendalam terhadap bidang seni tidak akan dipandang sepi kerana dia yakin mampu untuk mengorak langkah di dalam industri muzik tanah air meskipun tidak berjaya menjejakkan kaki di Grand Final.

Manakala Wana melangkah selesa ke peringkat akhir apabila diumumkan mendapat persembahan terbaik ketika konsert minggu ke -11. Bagi Cassie dan Nashrin persembahan yang memukau dan lontaran suara yang baik merupakan kelebihan mereka untuk layak berjuang bersama-sama Wana merebut gelaran juara. Hairi yang mendapat kedudukan dua yang terakhir mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium MBSA apabila berjaya diumumkan ke peringkat akhir. 

Namun, mereka perlu terus tingkatkan usaha kerana hanya seorang daripada mereka bakal dijulang sebagai juara di kemuncak akhir konsert gemilang My Starz LG Grand Final di mana mereka akan diadili oleh juri tetap Hattan, Liza Hanim dan Faizal Maas Ajai sebagai juri jemputan. My Starz LG Grand Final akan diadakan pada hari Ahad,  22 Februari 2009 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) menerusi siaran TV3 pada jam 9.00 malam.

Semestinya finalis yang bakal beraksi di konsert akhir tersebut akan memberikan persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri dan sms daripada penonton. Finalis akan menyanyikan 2 lagu ketika konsert selama 2 jam ini bersiaran secara langsung dengan menyampaikan lagu medley secara solo dengan genre pilihan masing-masing dan berduet bersama penyanyi tanah air pilihan masing-masing. Wana akan berduet bersama Jamal Abdillah, Cassie bersama Sarah Raisuddin,

Nashrin bersama Misha Omar manakala Hairi yang serasi dengan genre rock memilih Fiq sebagai pasangannya ketika Grand Final itu nanti.

Selain berhibur dengan kerancakan finalis My Starz LG mendominasi pentas, penonton turut berkesempatan melihat persembahan penuh tenaga dari Mawi, juara persembahan terbaik AJL 23, Faizal Tahir dan kemunculan istimewa penyanyi popular dari seberang, Rossa.

Malam tadi, para peserta mengadakan showcase bertemakan Penghargaan (Tribute) kepada Bintang Lagenda. Nashrin menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Loloq berjudul Andalusia, Wana menghiburkan penonton dengan lagu Terasing (Sudirman), Azri menyanyikan lagu Bila Kau Bercinta Lagi (Loga Alleycats), Manakala Cassie mengalunkan lagu Gelora (Saloma) dan Hairi merancakkan konsert mendendangkan lagu Seruan (Samad Lefthanded). Jika saban minggu penonton menyaksikan juri tetap iaitu Hattan memberikan komen kepada peserta, konsert malam tadi menyaksikan beliau beraksi di pentas menyanyikan lagu duet, Tangisan Marhaneis bersama bintang realiti, Nadia.

Format pemarkahan untuk Konsert My Starz LG Grand Final musim kedua  terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala 30% selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS.  Juara My Starz LG membawa pulang wang tunai RM 100,000, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV  (42’ LG 80 LCD) , menjadi bintangdan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia. Tempat kedua memenangi barangan LG, LCD TV (32’ LG 80 LCD), tempat ketiga mendapat penghawa dingin (Art Cool) manakala tempat keempat berjaya mendapatkan telefon bimbit (Renoir LG).

Mengenai My Starz LG Musim Kedua

Pengacara Nazruddin Habibur Rahman (Naz) kembali memeriahkan rancangan ini dengan pasangan baru, Puteri Andreanna Syigim (Anne), manakala Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) bakal mengacarakan segmen My Starz LG Star Lives, yang merupakan sedutan siaran selama setengah jam tentang pencapaian pelajar sepanjang minggu tersebut, setiap Ahad pada pukul 5.30 petang.   

Penasihat vokal terdiri daripada penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan  Syaiful Baharim yang berperanan sebagai konsultan imej peserta.Kesemua 12 peserta ini menerima tunjuk ajar dan nasihat profesional serta sokongan latihan daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada penghibur dan penerbit ternama Malaysia, yang berlangsung di LG House, sebuah bunglo yang diadaptasi khas yang tersedia dengan bilik latihan dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan produk LG.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Tahniah kepada finalis2 LG.
    Utk Azri plk,rezeki bukan kat sini kan,nak buat mcm mana kan..saber je la labuuu…

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain

Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa